Skip to main content

Posts

NIKAH PART 2

Hai Hari tu dah cerita pasal baju nikah dan shawl yang hangit terbakar kan. Hari ni aku nak cerita pasal makeup waktu nikah. Aku suka gila tahap kalau boleh tak nak cuci makeup time tu. Nak bawa tidur esok done makeup untuk sanding Hahahahha MUA aku waktu nikah dengan waktu sanding orang yang berbeza sebab masa sanding tu aku ambil pakej pelamin sekali dengan MUA diaorang. Benda paling bridal takut masa hari bahagia diaorang adalah, BAJU dan MAKEUP!!! kritikal weh benda ni. Kalau ada tak kena ni mahu menangis tengok album kahwin seumur hidup. Kau nak MUA makeup kan kau tah hape hape? Baru selesai laki kau lafaz nikah, makeup kau dah cair??? Nightmare kan. MUA favourite aku sepanjang zaman,  Suhaila suhaimi    Orang Muar mesti kenal ni.. diaorang panggil Kak Su. seriously cantik sangat Su ni makeup sampai tak tahu nak kata macam mana la. Paling penting Su ni penyabar, lagi lagi dapat customer macam aku ni. Haa jap kau sabar jap, aku cerita pasal apa kau kena sabar bila nak makeu
Recent posts

NIKAH PART 1

Hai Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri orang. Fuhhhh, setahun bertunang pun dah keluar semua ribut taufan, macam mana orang yang bertunang lama lama tu? Salute !!!! Plan asal nak nikah masa hari raya puasa nanti, tapi aku dah gatal sangat kan, nikah la bulan 1 no. Ketahui lah, aku masih dalam mood honeymoon. Tapi laki aku sekarang dekat terengganu, aku kat johor. Gila saiko PJJ ni. Nak share gambar ke tak? ala segan la. Tapi nak share jugak!! Hahahhaha   ni outfit aku waktu nikah. Kalau nak tahu, aku ni minat look look  yang tradisional sikit. Rasa macam perempuan melayu terakhir sangat. Walapun perangai kasar macam jantan, masa hari nikah tu nak juga acah acah perempuan melayu terakhir.. Aku tak lukis inai ea kat tangan, bukan sebab acah taknak. Tapi save budget. Huhuhuhu.. beli inai celup kat uptown balik celup sendiri jela. Masa tu berminggu minggu aku fikir nak lukis inai ke tak.. survey pakej paling murah pun rm150. memang la kalau ikutkan sekal

REALISTIK ATAU TIDAK?

Salam..  Lama tak berblog aku ni kan. hmm entahlah point tu ada nak bercerita lagi malasnya nak menaip.  4 bulan lagi aku nak jadi isteri orang dah ni. omg tak sangka sangat padahal dulu sibuk taknak kahwin. POYO LEBIH.  Bila fikir pasal wedding ni mestilah kita ada impian yang baik.. nak build keluarga kita sendiri macam mana mak ayah kita, nak bahagia dengan suami dengan anak anak. before kahwin pun kita as perempuan ( ke aku je) pun ada impian juga. entahlah aku rasa aku je over nak ada impian sebelum aku kahwin ni.. hahahahha IMPIAN SEBELUM KAHWIN: 1) Solo travel Yang ni aku tak sempat nak tunaikan lagi, tapi adalah aku pi korea hari tu..kira dapat juga la travel sebelum kahwin. Sebenarnya aku tak rasa macam lepas kahwin aku tak boleh travel lagi. NO! NO! NO! Sebab bakal suami aku pun kaki travel juga, kiranya sama minat dan sekepala la. so aku tak ada lah rasa stress lepas kahwin aku tak bebas pergi travel ke apa. Risau tentang kewangan jela, baru nak

I'M BACK!

hai..one of my roomate nak menjadi isteri orang, insyaAllah tahun ni. then kami sembang2 la pasal perancangan hidup masing2. Dia taknak bertunang, terus kahwin which is bagi aku, sama je.. tak kisah pun mana mana. to me, fasa bertunang ni macam kau sediakan diri kau nak jadi seorang isteri dan ibu. bila kau tahu u guys dah bertunang dia macam ada satu rasa nak baiki diri, ada satu rasa tanggungjawab dan amanah. tanggungjawab macam mana tu? roomate aku tanya aku. fasa bertunang ni fasa kita nak siapkan diri kita untuk perkahwinan. dari yang tak tahu masak, kena belajar mantapkan skill masak tu, nanti nak bagi anak2 makan apa.. hari2 nak makan luar? kalau kaya takpe. dari yang selalu bangun tidur pukul 10 kena latih diri bangun pagi (yg ni aku fail sikit, hahahha) dari perangai yang suka mencarut kena slow2 buang perangai tu. korang nak ke anak korang ikut  perangai mencarut jugak? mesti korang taksuka anak mencarut. bertunang ni bukan tiket "aku dah kena cop" but ianya

PORI MACAM LOPAK AIR? SAY NO MORE!

Hai.. Dulu aku tak suka pegang muka aku.. Rasa kasar gila. Banyak whitehead2 yang terkeluar tu.. Belum lagi blackhead kat hidung..  Bila tengok cermin rasa sakit hati bak picit jer. So satu hari tu aku try buat sendiri.. Homemade scrub aku.. Alhamdulillah,  berkesan kat muka aku..  Perubahan paling ketara tak ada lagi blackhead kat hidung.. pori2 pun  dah makin tertutup.. tak besar mcm lopak air dah.. yeah! korang boleh tengok sendiri kan.. Pori2 besar macam lopak air! Stress nyah!! nak makeup pon tak feel tau.. kat hidung tu habis terkeluar whitehead gemuk2 Nampak tak perubahannya.. Pori2 makin tertutup.. whitehead blackhead semua makin pupus..kekekekkeke HOMEMADE SUGAR SCRUB.. SWEET TREATS FOR YOUR SKIN Korang yang nak cuba tu sangat dialu-alukan.. kita sama-sama share kebaikan dengan orang ye dak.. takkan nak cantik sesorang.. jangan risau.. scrub ni sesuai untuk kulit kering sampailah jenis yang muka berminyak boleh goreng cekodok. Disebabkan ak

HAI READERS (harapnya entri ni takada typo sebab jari makin gemok)

Jap2 nak buang sawang kat blog ni Hai.. Siapa masih ingat aku pernah kata aku taknak kawin.  Aku nak daftarkan diri kat rumah orang tua? Sekarang aku dah jadi tunang orang wei. Lol, mana dulu cita2 nak mereput dengan kawan2 yg single kat rumah orang2 tua.  Nak sikatkan rambut sesama.. Makan bersuap sesama.  Kau urut kaki aku,  aku urut kaki kau.  Tsk Sesungguhnya Allah tu merancang yang baik2 untuk kita.  Cehhh,  da berpunya boleh la kata macam tu yedak (apa singkatan dari ye & tidak) . Dulu lepas habis diploma da plan taknak sambung belajar lagi. Nak kerja..  Tetiba da habis sem 1 degree.  Apa doh Oh ya,  semalam ada reader ni kata seronok baca penulisan aku.  Suruh menulis lagi. Kan da tetiba aku update blog. Semuanya tetiba. Bila pandang semula kebelakang.. Macam2 pahit manis kita tempuh. Pengalaman gagal,  berjaya kena tipu, kena friendzoned. Fuhhh tak sangka boleh survive. Harap tahun 2018 kita menjadi lebih baik.. Lebih produktif. Pfttt. .Aku memang update blo

GIGI DAH CANTIK

hai selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang. masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi  macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema. macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini ] aku jumpa kl