Skip to main content

Posts

Showing posts with the label my life

NIKAH PART 2

Hai Hari tu dah cerita pasal baju nikah dan shawl yang hangit terbakar kan. Hari ni aku nak cerita pasal makeup waktu nikah. Aku suka gila tahap kalau boleh tak nak cuci makeup time tu. Nak bawa tidur esok done makeup untuk sanding Hahahahha MUA aku waktu nikah dengan waktu sanding orang yang berbeza sebab masa sanding tu aku ambil pakej pelamin sekali dengan MUA diaorang. Benda paling bridal takut masa hari bahagia diaorang adalah, BAJU dan MAKEUP!!! kritikal weh benda ni. Kalau ada tak kena ni mahu menangis tengok album kahwin seumur hidup. Kau nak MUA makeup kan kau tah hape hape? Baru selesai laki kau lafaz nikah, makeup kau dah cair??? Nightmare kan. MUA favourite aku sepanjang zaman,  Suhaila suhaimi    Orang Muar mesti kenal ni.. diaorang panggil Kak Su. seriously cantik sangat Su ni makeup sampai tak tahu nak kata macam mana la. Paling penting Su ni penyabar, lagi lagi dapat customer macam aku ni. Haa jap kau sabar jap, aku cerita pasal apa kau kena s...

REALISTIK ATAU TIDAK?

Salam..  Lama tak berblog aku ni kan. hmm entahlah point tu ada nak bercerita lagi malasnya nak menaip.  4 bulan lagi aku nak jadi isteri orang dah ni. omg tak sangka sangat padahal dulu sibuk taknak kahwin. POYO LEBIH.  Bila fikir pasal wedding ni mestilah kita ada impian yang baik.. nak build keluarga kita sendiri macam mana mak ayah kita, nak bahagia dengan suami dengan anak anak. before kahwin pun kita as perempuan ( ke aku je) pun ada impian juga. entahlah aku rasa aku je over nak ada impian sebelum aku kahwin ni.. hahahahha IMPIAN SEBELUM KAHWIN: 1) Solo travel Yang ni aku tak sempat nak tunaikan lagi, tapi adalah aku pi korea hari tu..kira dapat juga la travel sebelum kahwin. Sebenarnya aku tak rasa macam lepas kahwin aku tak boleh travel lagi. NO! NO! NO! Sebab bakal suami aku pun kaki travel juga, kiranya sama minat dan sekepala la. so aku tak ada lah rasa stress lepas kahwin aku tak bebas pergi travel ke apa. Risau tentang kewangan j...

I'M BACK!

hai..one of my roomate nak menjadi isteri orang, insyaAllah tahun ni. then kami sembang2 la pasal perancangan hidup masing2. Dia taknak bertunang, terus kahwin which is bagi aku, sama je.. tak kisah pun mana mana. to me, fasa bertunang ni macam kau sediakan diri kau nak jadi seorang isteri dan ibu. bila kau tahu u guys dah bertunang dia macam ada satu rasa nak baiki diri, ada satu rasa tanggungjawab dan amanah. tanggungjawab macam mana tu? roomate aku tanya aku. fasa bertunang ni fasa kita nak siapkan diri kita untuk perkahwinan. dari yang tak tahu masak, kena belajar mantapkan skill masak tu, nanti nak bagi anak2 makan apa.. hari2 nak makan luar? kalau kaya takpe. dari yang selalu bangun tidur pukul 10 kena latih diri bangun pagi (yg ni aku fail sikit, hahahha) dari perangai yang suka mencarut kena slow2 buang perangai tu. korang nak ke anak korang ikut  perangai mencarut jugak? mesti korang taksuka anak mencarut. bertunang ni bukan tiket "aku dah kena cop" but ianya...

PORI MACAM LOPAK AIR? SAY NO MORE!

Hai.. Dulu aku tak suka pegang muka aku.. Rasa kasar gila. Banyak whitehead2 yang terkeluar tu.. Belum lagi blackhead kat hidung..  Bila tengok cermin rasa sakit hati bak picit jer. So satu hari tu aku try buat sendiri.. Homemade scrub aku.. Alhamdulillah,  berkesan kat muka aku..  Perubahan paling ketara tak ada lagi blackhead kat hidung.. pori2 pun  dah makin tertutup.. tak besar mcm lopak air dah.. yeah! korang boleh tengok sendiri kan.. Pori2 besar macam lopak air! Stress nyah!! nak makeup pon tak feel tau.. kat hidung tu habis terkeluar whitehead gemuk2 Nampak tak perubahannya.. Pori2 makin tertutup.. whitehead blackhead semua makin pupus..kekekekkeke HOMEMADE SUGAR SCRUB.. SWEET TREATS FOR YOUR SKIN Korang yang nak cuba tu sangat dialu-alukan.. kita sama-sama share kebaikan dengan orang ye dak.. takkan nak cantik sesorang.. jangan risau.. scrub ni sesuai untuk kulit kering sampailah jenis yang muka berminyak boleh goreng cekod...

HAI READERS (harapnya entri ni takada typo sebab jari makin gemok)

Jap2 nak buang sawang kat blog ni Hai.. Siapa masih ingat aku pernah kata aku taknak kawin.  Aku nak daftarkan diri kat rumah orang tua? Sekarang aku dah jadi tunang orang wei. Lol, mana dulu cita2 nak mereput dengan kawan2 yg single kat rumah orang2 tua.  Nak sikatkan rambut sesama.. Makan bersuap sesama.  Kau urut kaki aku,  aku urut kaki kau.  Tsk Sesungguhnya Allah tu merancang yang baik2 untuk kita.  Cehhh,  da berpunya boleh la kata macam tu yedak (apa singkatan dari ye & tidak) . Dulu lepas habis diploma da plan taknak sambung belajar lagi. Nak kerja..  Tetiba da habis sem 1 degree.  Apa doh Oh ya,  semalam ada reader ni kata seronok baca penulisan aku.  Suruh menulis lagi. Kan da tetiba aku update blog. Semuanya tetiba. Bila pandang semula kebelakang.. Macam2 pahit manis kita tempuh. Pengalaman gagal,  berjaya kena tipu, kena friendzoned. Fuhhh tak sangka boleh survive. Harap tahun 2018 kita menjadi le...

GIGI DAH CANTIK

hai selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang. masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi  macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema. macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini ] aku jumpa kl...

NOSTALGIA SANGAT

Hai Ahkak kembali.. Ngeeee.. Lama tak update blog, maaflah sebab sibuk sikit.. Ada ke yang tunggu entri dari ahkak? rasanya macam takde. 5 bulan dah aku habis diploma dah mereput dah duduk kat rumah. buat masa ni aku kerja part time.. kumpul duit nak pergi travel konunnnn.. semput2 nak kumpul duitnya. entah jadi ke tidak nak pergi.. tapi serius weh aku gian gila nak travel.. dok la ulang2 tengok gambar2 lama masa pergi sabah hari tu.. sampaikan aku wasap farahin ajak pergi day trip mana2. ahkak tak tahannn ok la hari ni kita nak throwback la kisah2 kenangan2 dulu time budak2.. aku membesar dengan sepupu2 lelaki ok.. faham2 jela kalau berkawan dengan lelaki mcm mana lasaknya.. sumpah aku degil dulu.. aku bukan sejenis budak perempuan yang duduk dalam bilik, main anak patung memang tak la eh. balik je sekolah agama, berdesup hilang. main ni haaa, main bola tak pun main rounders.. femes weh permainan rounders tu.. leka sampai magribh pastu balik mak dah kunci pintu eh.. menangis ler k...

PUTUS CINTA | REDHA | MOVE ON

Hey, I'm back. so macam mana februari korang? sekejap betul rasanya dah nak habis bulan februari dah pun. dah lama tak menulis ni kita bincangkan topik yang hangat sikit la ea.. im sorry kalau penulisan aku, apa yang aku bebelkan ni dah tak menarik ke apa ke, tak tahu lagi masih ada tak skill menulis aku nie. takpe yang penting kita menulis dari hati.. gitew. topik ni bagi aku macam dah cliche ramai sangat orang yang dok cakap2 pasal putus cinta, heartbroken semua kan.. semua orang ada pengalaman sendiri kot pasal putus cinta semua orang pernah rasa la..zaman bercinta macam monyet dulu la kan. yeahh i pon pernah je rasa sedih2 kononya.. rasa masa tu gelaplah donia.. dia lah segalanya..padahal....next month i dah couple dengan orang lain.. ok gurau.  putus cinta ni memang perit weh.. rasa down la kan.. memang tak semangat langsung nak buat apa pun.. rasa nak teriak ja.. kalau nak kaitkan dengan pengalaman aku, masa arwah meninggal dulu ( tu boleh dikategorikan putus cinta ke?) a...

THROWBACK TAHUN 2016

Hai semua, tinggal lagi beberapa hari je dah nak masuk tahun 2017, macam mana dengan azam korang? dah tercapai ke belum? Alhamdulillah azam aku untuk tahun 2016 dah tercapai.. untuk tahun 2016 aku cuma nak habiskan buat thesis, praktikal and habiskan diploma aku.. tu la aku rasa azam paling mencabar gila.. penuh tragis dan tangisan. so meh la aku throwback sikit.... apa yang jadi dalam life aku 2016 ni.. start dari bulan 2 sampai la awal bulan 6 kalau tak silap aku, aku tengah struggle buat thesis fyp.. fuhhhhhh, trauma aku nak cerita ni weh.. 4 bulan ni aku rasa macam stress gila dengan tak cukup tidur, paperwork berkali kena reject, assignment lagi test final.. dalam masa 4 bulan kena siapkan 1 thesis, buat sensorang pulak tu..level diploma tapi supervisor aku expect kerja aku macam budak degree..OMG!! apa yang buat benda ni nampak macam susah sebab aku tak ada pengalaman lagi nak buat macam mana, walaupun selalu rujuk dekat supervisor tapi entah la nak, aku ni species lemba...

SELF REWARD

hai.. disaat ini di ketika ini aku happy gila punya gila punya gila kuasa infinity.. esok last day praktikal.. so balik dari office tadi macam nak bagi sesuatu kat diri sendiri.. yelah kita. kita da berjaya survive kena la appreciate sikit usaha diri sendiri selama ni.. zaman belajar pun sama.. lepas je habis stress exam ke ataupun buat thesis, kitaorang biasanya keluar bagi self reward kat diri sendiri.. pergi la mana2 jalan2..tengok wayang ke tapi biasanya pergi makan la.. pastu sembang2 gelak then balik sambung stress buat thesis semula..hahahahaha.. masa otw balik aku fikir, apa nak hadiahkan untuk diri sendiri yer.. tetiba teringat.. masa birthday hari tu nak fresh flower tapi tak dapat.. haaaaa, yeahhhh jom kita beli bunga segarr.. yehhhhh happy2 :) singgah la shopping mall, sebelah tu kedai bunga je.. sebelum beli bunga tu aku jalan2 la dulu dalam tu.. window shopping sikit.. pastu ada nampak tempat boleh amik gambar.. biasalah kalau musim perayaan ke apa.. dalam mall ka...

SOME MEMORIES NEVER FADE PART 1

Hai.. Ingat lagi masa mula2 nak praktikal dulu..  Dapat 2 tawaran serentak..  Dah sudah mana nak pilih ni.. Actually, aku nak pilih jabatan alam sekitar melaka. Masa aku pergi survey jabatan dia.. Bapak gempak.. Office dia tinggi, tingkat 19 kalau tak silap.. Dalam tu adalah jabatan2 kerajaan yang lain.. Aku fikir macam gempak nak glamour2 la gitu.. Tapi at the same time aku dapat Majlis perbandaran jasin. Kelakarnya masa aku survey MPJ ni,  alamak, apa ni.. Takkan nak praktikal kat sini kan.. Tak gempak nya.. Aku siap google lg ok skop kerja jabatan aku tu.. Yg JAS ni ok la.. More kepada kilang2 semua kan..  MPJ ni yg lawak sikit..member2 umah aku asyik la menyakat je lepas tau skop kerja aku kat sana..  lama eh aku hold nak buat keputusan.. Sebulan jugak la.. Mak aku da bising.. Nak pilih yg mana 1 pn susah.. Sbb tu aku tak suka ada banyak2 pilihan.. Stress nak pilih. Last2 aku serahkan je keputusan kat mak.. Haaa mak,  mak pilihkan lah....

SAYA NEWBIE

Hai.. Aku kat ofis sekarang ni.. Sementara tengah free tak pergi site ni.. Aku update la entri eh.. Tau korang rindu aku bebel.. Hahaha Aku sebenarnya lebih suka online fb daripada instagram.. Aku pernah la ada instagram,  kalau x silap aku setahun da aku x aktif kat insta tu...sebab aku lupa password..tapi semalam tetiba,  mood aku kan cepat berubah aku rasa macam nak aktif kat insta la pulak.. Download la app instagram baru Lepas tu yang lawaknya aku x reti guna instagram ni weh.. Farahin dengan arra siap ajarkan tutorial lagi.. Hahaha.. Kuno nya aku.. Ni pun satu pencapaian yang membanggakan eh.. Kembang2 hidung ahkak ada orang nak follow insta ahkak.. Asal dapat noti instagram je aku sengih2..dasar jakun. Korang tunggu apa lagi?  Follow la.  Sesia je aku update nak promote instagram aku. Lovee!!

TRAVEL TALK: TIPS TRAVEL

Hai. Musim cuti sekolah dah nak bermula, mesti ramai yang rancang nak pergi bercuti kan. mana2 geng kawan2 universiti tu mula lah plan nak pergi travel, nak backpaking.. haaa, ni aku nak share dengan korang beberapa tips yang aku praktik kan bila aku pergi travel.. nak kata tips aku ni berguna sangat tu tak adalah, tapi dah kata sharing is caring kan. 1. DOKUMEN PENTING / BARANG2 PENTING Dokumen2 penting macam boarding pass, tiket booking hotel atau passport korang boleh asingkan dalam 1 beg kecil (beg khas) dan masukkan dalam handbag. so, bila korang nak guna atau masa nak check in hotel ke apa, senang..tak payah sibuk2 nak selongkar kocek handbag tu.. terus capai je beg kecil tu dan selesai.. faham2 jela handbang orang perempuan ni macam mana.. dah masuk barang dalam tu memang susah la nak cari.   Nampak tak tersusun je kan  senang nak buat urusan waktu travel nanti nak guna macam yang ni pun boleh.. masukkan je boarding pass, passport semua then letak dal...

OVERTHINKING

Hai.. Sekejap je da nak hujung tahun.. Tinggal lagi 2 bulan je lagi.. Omg2, azam tahun ni pum belum tercapai lagi.. habis jer praktikal nanti aku akan menghadapi cabaran dunia sebenar.. Sebenarnya aku sangat takut.. Apa yang akn terjadi lepas ni.. Aku akan dapat kerja ke ataupun tanam anggur je kat rumah. Usia makin meningkat,  macam mana dengan kewangan aku, boleh ke aku kumpul harta aset aku.. Aku akan kawin atau jadi andartu ataupun ajal yg datang dulu.. Bila malam sebelum tidur faham2 jela.. Semua benda nak fikir.. Seriously takut sangat nak menghadapi cabaran sebenar kat luar sana.. Tapi itulah realiti kehidupan yang semua orang akan rasa dan alami. Aku manja dan aku x pernah merasa hidup yang betul2 susah.. Yang tak ada makanan,  tak ada baju nak pakai.. Yang bila hujung bulan pecahkan tabung untuk teruskan hidup.. Bila bulan2 aku x ckup duit.. Mak ayah akan tolong, aku tak ada baju baru mak ayah ajak pergi shopping,  aku tak ada kenderaan nak pergi intern, ...

LAMA TAK SEMBANG2 KAN?

Hai.. Tinggal lagi sebulan je untuk aku habiskan moment2 sebagai student praktikal.. Sekejap betul masa berlalu, kalau baru2 praktikal dulu rasa macam bila lah nak habis.. Sehari pun rasa pahal lama sangat ni.. Sekarang ni rasa sayang la pulak.. Alhamdulillah, pengalaman praktikal aku seronok gila.. Staff2 semua layan macam aku ni anak diaorang... Sejak praktikal ni banyak yg berubah pada aku.. Pertamanya.. Berat badan lah.. MasyaAllah,  naik 5KILO ok!!!!  Tu yang malas nak pergi timbang berat, lepas timbang je mesti meroyan.. Lepas tu, rutin tidur aku pun berubah.. Pukul 10 mcm tu aku dah start mengantuk.. Macam penat sangat je eh.. Padahal x buat apa pun kat office tu.. Kalau hari cuti pun aku da terbiasa bangun awal wehh.. Kalau dulu.. sendiri faham2 jela.. Actually,  mula2 aku tak tahu pun tempat praktikal aku ni macam mana.. Masa buat permohonan tu aku tak ada call ke apa, main mohon je.. Pilihan last pulak tu..  Nak dijadikan cerita, office aku ni yang b...

HAPPY BIRTHDAY

hai.. hari tu aku janji nak buat entri part 2 masa aku g penang kan.. biarkan entri tu mereput dalam draf dulu.. minta maaf, janji telah ku capati kan. yeahhh happy birthday to my blog.. padahal 14 sept nanti baru genap setahun tapi excited pulak kita..hehehe.. sekejap je rasa eh2 da setahun da blog hambar ni. masa mula2 dulu excited, kalau boleh nak update entri hari2.. semua benda nak share dengan reader.. ada je idea2 nya..sekarang ni malasnya.. entri g penang tu pun da nak sebulan tersimpan kat draf.. kat sini la tempat aku luahkan perasaan, tempat aku expresskan hobi aku.. waaa, sebak da weiii.. kenal kawan2 baru.. paling tak boleh lupakan bila first time ada orang komen.. rasa suka nya.. nak lompat2 je.. dear blog. i love you so muchh <3 dear readers, terima kasih sudi baca blog aku, sudi komen tak lupa juga yang sudi usha2 entri baru.. ni la minat aku dan korang lah pembakar semangat aku.. heheh lovee!!

LOVE TALK: LELAKI MACAM DIA

hai.. hari ni kita mood sweet2 sikit. aku tak ada ciri2 specific pun lelaki yang aku suka..kalau dia boleh buat hati aku dup dap ececehhhh.. tak mahu expect apa2 dari sesiapa.. yang kita mahu belum tentu baik untuk kita.. ingat lagi masa aku riak kata dengan kawan2 aku.. "aku kan, aku tak akan bercinta dengan orang yang hisap rokok, aku tak suka lelaki yang pandai math" dan yang aku paling2 tak suka dengan lelaki kelantan..bahahhahahha.. not racist ke apa.. aku cuma entah..kurang berkenan.. last2 semua ciri2 yang aku tak suka tu, tu lah yang aku berkenan..hahahhaha.. *menyesal cakap riak dulu bila dah boleh berfikir ni, tak perlu lah relationship goals yang merapu tu..nak lelaki kaya, kerja besar la apa lah..terlalu expect dekat lelaki.. macam mak aku cakap .. " nanti jangan harap duit lelaki sangat, kena pandai cari duit sendiri.. kalau harap duit laki ni boleh mati la kita" hastag deep betul ayat mak aku. tak kaya pun tak apa asalkan raj...

TRAVEL TALK: BACKPACK TO PENANG 1

Hai.. excited nya nak cerita tapi tahap kemalasan tu ya Tuhan..ni pun taip guna kaki ok. malas sangat ni. minggu lepas aku kena datang kampus untuk briefing intern and convo aku, alang2 tu member aku pun ajak la pergi backpack..silap orang la dia ajak..ajak aku..on je.. ingat lagi ayat die wasap aku, "kita pergi penang nak tak? aku nak buat kerja gila dengan kau ni" aku pun dengan pantas membalas "ehhhhhhh....boleh jee..." trip kali ni kitaorag tak rancang apa2 pun..tiket pun beli last minit..hotel mana nak stay, tempat2 nak pergi masa kat penang nanti pun kitaorang tak survey sangat.. kiranya main redah je. totally redah je uols. habis je briefing kat kampus, aku ikut member aku si arra ni balik ipoh..stay ipoh semalam sebelum ke penang.. kitaorang naik bas dari ipoh dalam pukul 4.30 macam tu..tapi biasalah melayu, pukul 5 baru bas jalan.. sekejap je dari ipoh ke butterworth, around 7 p.m mcm tu sampai dah stesen bas penang sentral.. turun2 bas je blur dah.....