Skip to main content

NIKAH PART 2

Hai

Hari tu dah cerita pasal baju nikah dan shawl yang hangit terbakar kan. Hari ni aku nak cerita pasal makeup waktu nikah. Aku suka gila tahap kalau boleh tak nak cuci makeup time tu. Nak bawa tidur esok done makeup untuk sanding Hahahahha

MUA aku waktu nikah dengan waktu sanding orang yang berbeza sebab masa sanding tu aku ambil pakej pelamin sekali dengan MUA diaorang.

Benda paling bridal takut masa hari bahagia diaorang adalah, BAJU dan MAKEUP!!! kritikal weh benda ni. Kalau ada tak kena ni mahu menangis tengok album kahwin seumur hidup. Kau nak MUA makeup kan kau tah hape hape? Baru selesai laki kau lafaz nikah, makeup kau dah cair??? Nightmare kan.

MUA favourite aku sepanjang zaman,  Suhaila suhaimi   Orang Muar mesti kenal ni.. diaorang panggil Kak Su. seriously cantik sangat Su ni makeup sampai tak tahu nak kata macam mana la. Paling penting Su ni penyabar, lagi lagi dapat customer macam aku ni. Haa jap kau sabar jap, aku cerita pasal apa kau kena sabar bila nak makeup aku.



Nice kan makeup dia?? Yang aku suka makeup dia ni tak crack eh.. aku sejenis yang kuat berpeluh tau, risau makeup comot. Tapi Su punya makeup ni bila lagi peluh tu, lagi glowing. Halah nak... sukanyaa!!!! Boleh tak nak upah Su jadi MUA keluarga, hahahhaha bukan doktor keluarga je yang ada.


Aduh aduh sayang.. agak agak laki aku cair tak dia tengok aku cecantik macam ni. Hahahahha..
Tapi nak siapkan aku cecantik macam ni penuh penyeksaan. Sebab apa aku kata seksa??

Ok macam ni.. aku ni paling risau part mata tau.. sebab aku pakai contact lens. Pernah eh jadi kes, masa tengah makeup, pergi dekat MUA lain, makeup untuk konvo. Tengah dia syok makeup part mata, lens aku terkeluar weh. Menggelabah aku. Kau boleh bayangkan tak?  fobia mak nok, sampai sekarang takut nak makeup bahagian mata, takut lens terkeluar.  Lagi lagi makeup bahagian bawah mata.. kena pandang atas kan, .mata jadi cepat kering.

Punya la masa Su makeup kan berkali kali aku cakap kat dia. "Su, hati hati tau, takut la".. bila dia mula makeup part mata aku macam babun menggelupur kejap. Nasib baik Su ni penyabar orangnya.

masa aku makeup sanding macam tu juga.. tapi ni macam dehel sikit campur menyesal. Haha.. aku kata kat MUA masa makeup sanding, aku memang ada masalah part mata ni.  ehh ehh takut.

Nak dijadikan cerita, masa MUA tu spray kat muka setting spray ke apa tah.. aku tak ready lagi.. baru nak pejam mata tapi dia  dah  spray.. masuk mata la woi, pedih. haaaa kau babun menggelupur 2.0 Tapi MUA tu garang seyh, aku kena marah kau tau. Terus aku macam behave dan redho jela. Tapi dalam hati cakap jugak bila la dia nak habis makeup ni. Tapi hasil makeup sanding tu biasa biasa je. Boleh tak nak kutuk MUA waktu aku sanding tu kat blog ni. Agak agak dia baca tak eh. Diva angat.


Muka cuak laki aku. Hahahhaha.. takut la tu tak boleh sekali lafaz. Sebelum malam nikah tu dah pesan kat dia, "sekali lafaz je tau", barulah jantan."


Keluarga mentua aku yang datang.. yang dekat tingkap tu minah senget. Hahhaha. Tu kawan kerja aku, Yaya. Sebenarnya ramai lagi dekat luar. Patut lah laki aku berdebar sampai tak boleh nak senyum dah. Aku tak tengok orang dah masa tu
sibuk fikir tudung bawal gelembung tak menjadi. Harom betul.



Alhamdulillah selamat sudah. Tak sangka pun jodoh aku dengan dia ni. Punya la tak nak orang merokok, kurus, putih, paling tak nak orang pantai timur. Last last, what you talk you get back lah. Hahahahahha.. kenal 5 bulan terus tunang setahun lepas tu kahwin. Kenapa tak jumpa dia ni awal awal eh?? Dia pun pernah putus tunang dulu, orang kata sama sama heartbroken la ni pastu terjodoh pulak. Ceit!!

Ok next cerita pulak kemeriahan malam nikah tu. Mak bapak aku ni tak pernah buat majlis. Aku anak sulung kan. Bapak aku punya perangai segala ceruk orang kampung dia jemput. Bab makanan kerja mak aku. Setahun aku tunang tu, setahun tu la dia fikir nak buat makanan apa. Haih. Aku pulak yang pening . Tunggu next entri ok.

Loveeee!!!!




Comments

Popular posts from this blog

GIGI DAH CANTIK

hai selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang. masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi  macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema. macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini ] aku jumpa kl...

'BFF' KITA LELAKI?

Hei uols.. jom kita sembang2 mengediks. ada diantara kita kan yang suka berkawan dengan berlainan jantina.. mostly kawan2 dia banyak berlainan jantina la. lepak2 pun tetiba sesat dia sorang lelaki.. eh! ok, tak kesah la korang suka kawan dengan sesiapa pun tapi aku nak share sikit apa pros & cons bila kita jadikan lelaki sebagai 'bff'. PROS BILA: mostly lelaki ni bila kita cerita masalah kita dekat diaorang, dioarang automatik akan jadi problem solver. diaorang tak ada lah catch up the whole sad story korang tu, tapi main point, diaorang akan bagi jalan penyelesaian. instead of perempuan, perempuan ni lebih memenangkan kita yang tengah ada masalah ni. bila kita cerita2 problems kita biasanya perempuan akan pujuk, sabarlah ea, kesian kau. semuanya akan ok. so kalau nak jalan penyelesaian segera, cari bff lelaki korang.  cara permikiran yang berbeza. biasanya lelaki dia akan bagi kita jalan penyelesaian yang, weh! kenapa aku tak terfikir pun tadi ea. siapa yang...

REALISTIK ATAU TIDAK?

Salam..  Lama tak berblog aku ni kan. hmm entahlah point tu ada nak bercerita lagi malasnya nak menaip.  4 bulan lagi aku nak jadi isteri orang dah ni. omg tak sangka sangat padahal dulu sibuk taknak kahwin. POYO LEBIH.  Bila fikir pasal wedding ni mestilah kita ada impian yang baik.. nak build keluarga kita sendiri macam mana mak ayah kita, nak bahagia dengan suami dengan anak anak. before kahwin pun kita as perempuan ( ke aku je) pun ada impian juga. entahlah aku rasa aku je over nak ada impian sebelum aku kahwin ni.. hahahahha IMPIAN SEBELUM KAHWIN: 1) Solo travel Yang ni aku tak sempat nak tunaikan lagi, tapi adalah aku pi korea hari tu..kira dapat juga la travel sebelum kahwin. Sebenarnya aku tak rasa macam lepas kahwin aku tak boleh travel lagi. NO! NO! NO! Sebab bakal suami aku pun kaki travel juga, kiranya sama minat dan sekepala la. so aku tak ada lah rasa stress lepas kahwin aku tak bebas pergi travel ke apa. Risau tentang kewangan j...