Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

RESEPI BUJANG- CHURROS SIMPLE DAN SEDAP

Hai.. sekarang tengah trend orang dok sibuk buat churros kot.. aku tengok kat fb ramai yang post resepi semua..aku dah la minat gila benda alah macam ni..mula la nak buat bagai,  resepi ni aku follow dari fb jer..mostly bahan2 semua senang jer dapat,, cuma kena cari noozle bintang dengan piping bag jela yang leceh sikit..kalau tak ada pon tak apa rasanya..boleh pakai plastik yang bungkus air tu..yang jernih warna putih tu then gunting hujung dia..jadi jugak tapi tak cantik la bentuknya, kalau pakai cetak lagi cantik.. makwe2 tu...boleh buat ni bagi pakwe2.. mesti terkejut dioarang kau boleh buat churros ni..kekekeke..padahal senang yang amat..budak2 pon suka makan..ranggup sangat..sedap..  ok jom kita mula!!! BAHAN BAHAN 1 cawan air 1 cawan tepung gandum         *pastikan guna cawan yang sama untuk sukat air dan tepung gandum 1 sudu makan majerin *boleh ubah ikut selera masing2 1 sudu makan gula 1 sudu teh garam sebiji tel...

SAKA ANTI-MATEMATIK!

hai.. jujur aku cakap aku seorang yang bodoh  kurang pandai subjek matematik. banyak2 subjek, math le yang aku paling lembab pakej menyampah betul.. masa aku sekolah rendah lagi memang aku tak boleh serap langsung math ni. femes gak ar aku dalam kelas sebab asal ujian je aku mesti fail. ditakdirkan pulak aku dapat cikgu chu yang garang gila tahap kau nak berkhayal masa dia mengajar pun tak boleh weh. tapi cikgu chu baik.. kalau aku blur dia ajar balik satu2.. tak marah ke apa ke.. aku ingat lagi masa amik result upsr, aku tak target apa2..mak ayah aku pun tak target apa2.. macam lantak kau la nak.. tetiba rezeki matematik aku dapat A. wahhhhh sukanya.. cikgu chu panggil aku nak tengok result aku..pastu dia senyum2 cakap taniah nurliyana.. bangga weh, kembang2 hidung aku. kebodohan dalam subjek matematik aku teruskan sampai ke sekolah menengah. pelish la aku tak suka matematik..buat apa paksa2 aku nak belajar.. aku jawab macam tu dalam hati jela bila cikgu tanya "nurliyana....

HAJAT TERCAPAI

hai..  memang dari dulu lagi aku selalu berangan bestnya kalau dapat jadi volunteer.. pergi bagi homeless makan ke, pergi rumah orang tua ke... and aku memang teringin gila pergi tempat orang2 asli... aku nak tengok belajar cara hidup dioarang.. alhamdulillah.. akhirnya hajat tercapai jugak.. pengalaman first time jadi  volunteer ni.. meh aku share sikit.. ok, dekat u aku ada ada satu program HOMELESS CARE PROJECT, bila dapat tahu diaorang cari volunteer aku dengan budak budak rumah pakat2 la daftar diri. bukan senang yer nak dapat jadi volunteer ni sebab yelah kan ni buka project NGO yang besar2 tu, setakat under kelab u.. diaorang nak pakai volunteer pun sikit jer, banyak kali jugak tertangguh benda ni. last week diaorang confirm kan akan pergi bagi homeless makan semalam. wahhh excited gila aku.. tapi dalam hati tu takut jugak la.. tak ada pengalaman macam mana kat sana nanti..takut kalau diaorang aggresive ke apa ke.. group aku sampai awal sebab kami group setup...

BAHAGIA DEFINISI SENDIRI

hai.. sebelum aku taip hai tadi.. idea aku mencurah melimpah nak update pasal apa, tetiba jer sekarang krik krik krik.. meh la mengumpat sikit pasal aku.. kawan aku tak banyak.. bukan apa.. aku dah la tak reti nak bertanya sihat ke? buat apa sekarang? jom lepak? memang sangat bukan aku. aku suka menyepi je.. lama2 terputus macam tu jela. tapi aku rasa bahagia je.. tak ada lah rasa macam katak sengaja duduk bawah tempurung ke, menyorok dalam rak kasut ke.. cukup lah 4 5 ketul kawan susah senang aku tu. aku tak minat sebenarnya sosial network insta facebook twitter semua tu.. woiii bukan jiwa aku la.. kalau dulu lagi la senyap je timeline facebook aku tu.. sampai orang tak tahu kewujudan facebook aku.. la ni je aku rajin sikit share2 resepi ke, video lawak2 kucing ke kat facebook. ok la tu asalkan nanti aku nak promote blog aku senang sikit. tapi aku bahagia je, aku tak 'hot' kat sosial network tu.. kau nak bajet 'hot' macam mana? update setahun sekali. video ku...

SHORT VACAY- PORT DICKSON

Hai semua, kembali merapu dalam belog saya.. aku tau korang rindu aku.. ke tak?? kekekekeke.. huwaaaa... aku sekarang malas gila nak update belog.. banyak idea sebenarnya nak sembang2 dengan korang.. tapi fikir nak taip pepanjang tu aduhaiiii lemah betul, shut down laptop balik. tapi hari ni aku nak share dengan korang. aku ada pergi short vacay hari tu. dekat2 je, kitaorang pergi port dickson. ok, vacay kali ni lebih kepada membuta di dalam hotel je ea. mak aku awal2 da pesan, "sampai sana mak nak makan pastu nak tidur. korang nak pergi mana mana ikut ayah". jadi vacay kali ni diberi nama ' PERCUTIAN PALING JIMAT' gambar tak banyak mana pun aku snap.. eh tak, sebenarnya aku macam perempuan tak betul bawak phone snap gambar bebanyak.. excited nak update kat belog weh..tapi bila tengok kat gallery, antara 100 gambar berapa belas jer yang 'elok'. Kitaorang dah booked apartment kat Primaland Port Dickson Resort & Covention Centre...