Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

GIGIH UPDATE WALAUPUN HAMBAR GITU

Hai.. Wehhhh sedihnya blog ni di anak tirikan.. terabai ko nak.. takpe lah hari ni aku gigih jugak update walaupun entri merapu. Tak ada apa nak cerita pun pasal life aku.. hari2 benda sama.. kehidupan seorang student macam aku, apa lah sangat.. hambar. Lagi2 tengah cuti mid sem ni boleh la buat treatment tambah lemak kat badan. Cannot wehhhh, masakan mak sedap gilosss.. tak dapat tahan diri dari makan makan makan makan dan makan. Diet yang konon2 nya aku plan dari 5 tahun dulu tu bila tah jadinya. Harapan sangat. Nak cerita..Dulu kan masa aku baru habis spm rasa nak keluar rumah cepat2, apa lah duk rumah ni.. bosan.. hari2 kena kemas la apa la.. bosan ok.. iolss jiwa muda. Iolss nak kan kebebasan!! Haaa sekarang kalau boleh tiap2 minggu nak balik kampung.. rasa bestnya dapat duduk dengan family sendiri, tempat sendiri. Mengada lebih. Tapi bila mak kau start, "akak buat air paklang datang". "Akak, hari masak ni." "Akak itu, akak ini".masa ...

TIPS WAKTU JEREBU

Hai.. Jerebu kembali lagi. Rasa macam duduk 'obersea' pun ada. waktu2 macam ni bukan pandangan jer kabur, jodoh pon kabur gak.  harap2 korang semua menjaga kesihatan la time2 jerebu ni. Bak kata lecturer aku, mostly la rakyat malaysia ni tak berapa nak kisah sangat pasal awareness waktu2 jerebu ni..yang dorang kisah pon pasal saman menyaman. ops, tak nak cakap lebih2. tak pasal je aku kena bash dengan korang. Tadi waktu class lecturer aku 'sembang2 kosong' pasal jerebu, so meh la aku share kat korang.. sama2 dapat ilmu ye tak. 1. Siapa kumpulan yang berisiko dapat jerebu ni? Someone yang keturunan dia ada stroke. Kanak kanak Orang tua  Orang yang terdedah terlalu lama di luar contohnya macam peniaga etc. orang yang hisap rokok ni, waktu jerebu dorang akan hisap rokok lebih banyak dari hari tak jerebu. tak caya pergi tanya member2 yang hisap rokok. 2. makanan yang elok dimakan waktu jerebu. > banyak kan ambil buah buahan yang menyejukkan. co...

FOOD FESTIVAL FOR CHARITY 2015

Hai.. Sejak aku jadi wanita berkerjaya ni , tak sempat nak uphdate blog kau.. bizi kemain ahkak sorang ni. huks huks. Sekarang kan aku wanita berkerjaya, baju pun tak sempat basuh wehh, menggunung dah tu.. jangan kata nak kemas rumah, jauh sekali.. balik dari class ke terus tidur macam starfish, mulut ternganga keluaq air liur. Ahhhhh! Ni semua alasan, dasar pemalas sebenarnya. Ok cerita tentang aku malas2, kita buat kat entri lain. What a long long story nanti. Sebenarnya aku nak promote ni ja.. Haaaaa, esok la!!! Iyeeee esok la festivalnya.. jangan lupa datang tau.. banyak pilihan makanan yang ada. Nama pun food festival kan. Mesti korang rambang mata pakej menggelupur tak tahu nak beli yang mana.. semua nampak sedap.. semua nak beli, last2 buang je. Perangai syaitonnn sangat weh membazir bazir ni. Tunggu apa lagi? Whatsapp kawan kawan korang ajak diaorang sekali pergi food festival ni. Sama2 pakat habiskan duit.. hahahahahahahaha   17  Oktober 201...

KHAYALAN PAHIT HEMPEDU

Hai.. Dulu masa aku dalam categori budak2 tak matang lagi, aku ada satu perasaan dimana aku teringin sangat nak masuk wad. ada antara kawan2 aku yang pernah masuk wad sebab denggi la, asthma la.. semua dok sibuk cerita pengalaman memasing.. ada yang seronok sebab dapat usha doktor2 hensem, ada gak yang takut nak tidur malam bagai.. bila dorang cerita macam tu aku diam melopong jela.. tak ada pengalaman kan.. sejak tu lah aku macam nak masuk wad, nak masuk wad.. boleh cerita kat orang lain macam mana pengalaman kita duduk wad.. masa tu aku bayangkan kat wad mesti seronok. doktor hensem2 wehhh.. makanan hospital tu macam sedap jerr.. kalah makanan untuk orang sihat ni.. bila berangan macam tu mulahlah muka excited nak masuk wad.. sakit sikit pon pergi check klinik.. dalam hati ni harapkan dapat masuk wad.  sengal kan dok bayang macam tu.  apakebenda lah budak ni. Tapi sejak detik ini          haaa kau nak sangat kan mas...

KUASA ANGIN PEREMPUAN YANG BERUBAH

Minggu ni minggu penat gila bagi aku.. kat u aku ada buat event so batch aku terpilih jadi committee untuk handle aktiviti. masa makan dengan tidur dah tak menentu main ikut sukahati nak makan pukul berapa tidur pukul berapa. tapi jangan harap la nak tidur pukul 10 malam macam zaman sekolah2 dulu..paling awal dapat tidur pun pukul 2 lebih gitu.  aku tak ingat bila kali terakhir aku dapat tidur pukul 10 malam. nak tahu kenapa aku tidur lambat hari2??? sorry ea, tak ada istilah aku student cemerlang yang buat assignment sampai lewat malam gitu. nama pun assignment haruslah last minit baru buat. tapi sebab dah biasa tidur lambat so macam tu la jadinya.. aku tak mengeluh tau..saja nak luah perasaan..hahahah.. ok sebenarnya aku nak cerita kat korang tentang perangai aku sejak dua menjak ni... faktor umur yang semakin tua mungkin jadi tak berapa nak betul sikit.. biasa lah baru nak meningkat ke umur 18 tahun kan.. pelishh la, 18 thn sangat.  baru nak dapat rasa tengok wayan...

ALKISAH KAIN KEMBANG PRINCESS HINDUSTAN

Hai Aku ni jenis anak manja yang kalau boleh tiap2 minggu nak balik kampung. Mengada homesick memanjang. Kalau balik hujung2 minggu aku naik bas jela.. malas nak susahkan ayah aku.. tapi kalau cuti2 umum tu aku mintak merayu la ayah aku ambil kan.. tak larat weh nak berebut kat ktm tu.. kadang2 kalau penuh sangat kena tunggu dua tiga kali trip baru dapat naik. Sampai je station bas tudung dah senget2, eyeliner cair dah silap2 kasut pon terbang tah ke mana. Dok bertolak tolak nak keluar dari ktm, tak perasan kasut dah hilang..*dahsyat tak. Satu masalah yang aku tak suka bila aku naik bas, aku mesti kelam kabut sebab lambat.. penah la masa tu aku lambat da ni, aku agak2 memang tak ada harapan la.. kompem bas da jalan.. tiket bas aku pukul 3, aku tengok jam lima minit jer lagi nak pukul 3 da.. memang tak la pakcik bas tu nak tunggu kau sorang. sampai kat stesen aku nampak bas aku baru nak jalan.  nak lebih dramatic lagi.. hari tu aku bajet ala2 princess.. pakai kain skirt k...

EMOSI SANGAT NI

Bila kita tengok kejayaan orang lain buat kita rasa cemburu kan? tapi kita tak tahu macam mana dugaan dan usaha  dia sebelum dia berjaya tu. Ayah aku selalu cerita macam mana usaha zaman muda2 dulu.. susah..cari duit bukan untuk kesenangan dia, tapi anak2 dia nanti.. masa tu aku acah2 dengar jer, anguk2 padahal dalam hati kata "apa ayah cakap ni?" di luar kemampuan otak nak paham apa ayah bebel tu. tapi bila da besar ada target sendiri dalam kehidupan, baru teringat cakap2 ayah..bukan senang nak buat sesuatu sampai berjaya. *tetiba emo.