Hai Hari tu dah cerita pasal baju nikah dan shawl yang hangit terbakar kan. Hari ni aku nak cerita pasal makeup waktu nikah. Aku suka gila tahap kalau boleh tak nak cuci makeup time tu. Nak bawa tidur esok done makeup untuk sanding Hahahahha MUA aku waktu nikah dengan waktu sanding orang yang berbeza sebab masa sanding tu aku ambil pakej pelamin sekali dengan MUA diaorang. Benda paling bridal takut masa hari bahagia diaorang adalah, BAJU dan MAKEUP!!! kritikal weh benda ni. Kalau ada tak kena ni mahu menangis tengok album kahwin seumur hidup. Kau nak MUA makeup kan kau tah hape hape? Baru selesai laki kau lafaz nikah, makeup kau dah cair??? Nightmare kan. MUA favourite aku sepanjang zaman, Suhaila suhaimi Orang Muar mesti kenal ni.. diaorang panggil Kak Su. seriously cantik sangat Su ni makeup sampai tak tahu nak kata macam mana la. Paling penting Su ni penyabar, lagi lagi dapat customer macam aku ni. Haa jap kau sabar jap, aku cerita pasal apa kau kena s...