Skip to main content

HAJAT TERCAPAI

hai..

 memang dari dulu lagi aku selalu berangan bestnya kalau dapat jadi volunteer.. pergi bagi homeless makan ke, pergi rumah orang tua ke... and aku memang teringin gila pergi tempat orang2 asli... aku nak tengok belajar cara hidup dioarang..


alhamdulillah.. akhirnya hajat tercapai jugak.. pengalaman first time jadi  volunteer ni.. meh aku share sikit.. ok, dekat u aku ada ada satu program HOMELESS CARE PROJECT, bila dapat tahu diaorang cari volunteer aku dengan budak budak rumah pakat2 la daftar diri. bukan senang yer nak dapat jadi volunteer ni sebab yelah kan ni buka project NGO yang besar2 tu, setakat under kelab u.. diaorang nak pakai volunteer pun sikit jer, banyak kali jugak tertangguh benda ni.


last week diaorang confirm kan akan pergi bagi homeless makan semalam. wahhh excited gila aku.. tapi dalam hati tu takut jugak la.. tak ada pengalaman macam mana kat sana nanti..takut kalau diaorang aggresive ke apa ke..


group aku sampai awal sebab kami group setup tempat, sampai2 jer.. aku terkejut jap.. ramai nya homeless dah beratur.. masa tu ada NGO lain yang bagi makanan dengan check kesihatan homeless kat situ. serius ramai.. awal2 lagi dah ada kes makcik homeless kena ragut kat situ.. apa lagi gaduh la. nasib baik pihak DBKL ada. seram aku.


dah setup2 semua kitaorang start edarkan goodies.. dalam tu ada lah makanan, toilettries, basic2 tu lah.. elok jer diaorang beratur.. tapi masa committee buat survey kat homeless kat situ.. diaorang ni boleh dapat makanan 3 4 bungkus semalam..tapi rasanya macam roti2 tu jela.. tak tahu la kenyang ke tak.


pastu kitaorang edarkan baju2 seluar semua.. masa ni la diaorang berebut rebut.. kesian.. ada yang kata.. saya nak baju, saya tak  ada baju nak pakai.. kesian weh.. ada budak2 muka happy jer dapat baju cantik2.. pastu ada sorang budak lelaki.. umur dalam 6, 5 tahun kot.. kata kat aku.. "akak2, baju ada tak?" kesiannya.


makcik2 homeless tu pun suka dapat baju semua.. tengok makcik2 tu, teringat mak aku kat rumah..sebak weh.. lepastu ada budak perempuan ni, nama dia dayang.. nak pilih tudung.. kitaorang suruh pilih banyak2.. baik budaknya..sopan jer cakap.. masa dia nak ikut mak dia balik, sempat salam aku.. aku pesan kat dia jaga diri elok2.. ada yang pesan kat aku, kalau datang lagi diaorang yang tudung crepe pulak.. siap request nak warna hitam lagi.. Insyallah kalau ada rezeki memang aku nak datang jadi volunteer lagi.



volunteers 



yang pakai tudung merah tu committee group setup kitaorang..










ahkak2 markonah aka wanita berkerjaya. assignment berlambak tak buat tau join activities sana sini.. depa ni semua masuk sukan..netball la volley ball la.. yang hujung sekali tu masuk futsal..ko ghase?? tak padan dengan kecik tu. tapi aku je pemalas membesorkan badan.







budak kecik dalam baby stroller tu ismail..comel.. mula ajak amik gambar tak nak segan.. lama2 cakap dengan dia baru ok..


mesti nak pilih baju tapi tak ada saiz ni.. budak baya2 ni apa lah tau.






diaorang pilih2 baju,, penat ahkak2 promote.





















soryy gais.. i dah berpunya..






THE END.

Comments

Popular posts from this blog

GIGI DAH CANTIK

hai selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang. masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi  macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema. macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini ] aku jumpa kl...

'BFF' KITA LELAKI?

Hei uols.. jom kita sembang2 mengediks. ada diantara kita kan yang suka berkawan dengan berlainan jantina.. mostly kawan2 dia banyak berlainan jantina la. lepak2 pun tetiba sesat dia sorang lelaki.. eh! ok, tak kesah la korang suka kawan dengan sesiapa pun tapi aku nak share sikit apa pros & cons bila kita jadikan lelaki sebagai 'bff'. PROS BILA: mostly lelaki ni bila kita cerita masalah kita dekat diaorang, dioarang automatik akan jadi problem solver. diaorang tak ada lah catch up the whole sad story korang tu, tapi main point, diaorang akan bagi jalan penyelesaian. instead of perempuan, perempuan ni lebih memenangkan kita yang tengah ada masalah ni. bila kita cerita2 problems kita biasanya perempuan akan pujuk, sabarlah ea, kesian kau. semuanya akan ok. so kalau nak jalan penyelesaian segera, cari bff lelaki korang.  cara permikiran yang berbeza. biasanya lelaki dia akan bagi kita jalan penyelesaian yang, weh! kenapa aku tak terfikir pun tadi ea. siapa yang...

REALISTIK ATAU TIDAK?

Salam..  Lama tak berblog aku ni kan. hmm entahlah point tu ada nak bercerita lagi malasnya nak menaip.  4 bulan lagi aku nak jadi isteri orang dah ni. omg tak sangka sangat padahal dulu sibuk taknak kahwin. POYO LEBIH.  Bila fikir pasal wedding ni mestilah kita ada impian yang baik.. nak build keluarga kita sendiri macam mana mak ayah kita, nak bahagia dengan suami dengan anak anak. before kahwin pun kita as perempuan ( ke aku je) pun ada impian juga. entahlah aku rasa aku je over nak ada impian sebelum aku kahwin ni.. hahahahha IMPIAN SEBELUM KAHWIN: 1) Solo travel Yang ni aku tak sempat nak tunaikan lagi, tapi adalah aku pi korea hari tu..kira dapat juga la travel sebelum kahwin. Sebenarnya aku tak rasa macam lepas kahwin aku tak boleh travel lagi. NO! NO! NO! Sebab bakal suami aku pun kaki travel juga, kiranya sama minat dan sekepala la. so aku tak ada lah rasa stress lepas kahwin aku tak bebas pergi travel ke apa. Risau tentang kewangan j...