Skip to main content

HARAPAN TAHUN BARU





Hai..

Tahun 2015 dah nak sampai ke penghujungnya.. cepat betul masa berlalu sekarang.. tetiba rasa, eh hari ni hari jumaat dah ke? tetiba rasa..usia makin bertambah tahun depan. sekejap betul semuanya..

biasanya kalau tahun baru ni, acah-acah nak ada azam baru, padahal azam tahun lepas habuk pun tarak. setiap kali tahun baru aku tak pernah excited dan berazam apa apa pun..berazam nak dapat dean list ke, travel ke..sebab aku tahu, aku ni  azam la macam mana pun..tak nya jadi.. berangan je lebih.. setiap kali masuk tahun baru, tak ada la nak sambut ke apa ke.. Tahun baru, tahun baru la..tak kosser nak sambut.

setiap kali masuk tahun baru aku sedih, sebab makin tambah umur..hahahaha.. tak lah.. sebab yela.. tak sangka aku survive jugak untuk tahun sebelumnya..Alhamdulillah.

Tahun 2016 ni aku harap, aku semakin matang.. haaa cakap pasal matang.. hari aku keluar jalan jalan dengan kawan aku.. aku jalan la depan diaorang kat belakang. balik rumah tu tetiba aku muhasabah diri..

"aku macam tak percaya aku dah nak masuk 21 dah.. aku rasa aku tak matang lagi weh.. perangai macam budak sekolah menengah lagi"

tetiba kawan aku menyampuk.

"itulah..aku pandang je kau jalan tadi, dia ni dah nak 21 tahun dah..tapi macam umur 15 tahun"

mungkin maksud dia aku awet muda atupun dia nak kata aku tak matang?? aku rasa dia nak cakap aku awet muda, tapi dia malu.. bersangka baik.

 Tahun 2016, aku harap Allah masih pinjamkan lagi nikmat Dia untuk aku ni lebih lama.. dan aku harap aku sentiasa awet muda..kekekke.. T_T

Jadi, apa pun harapan korang untuk tahun baru ni, ALL THE BEST..

Comments

Popular posts from this blog

KHAYALAN PAHIT HEMPEDU

Hai.. Dulu masa aku dalam categori budak2 tak matang lagi, aku ada satu perasaan dimana aku teringin sangat nak masuk wad. ada antara kawan2 aku yang pernah masuk wad sebab denggi la, asthma la.. semua dok sibuk cerita pengalaman memasing.. ada yang seronok sebab dapat usha doktor2 hensem, ada gak yang takut nak tidur malam bagai.. bila dorang cerita macam tu aku diam melopong jela.. tak ada pengalaman kan.. sejak tu lah aku macam nak masuk wad, nak masuk wad.. boleh cerita kat orang lain macam mana pengalaman kita duduk wad.. masa tu aku bayangkan kat wad mesti seronok. doktor hensem2 wehhh.. makanan hospital tu macam sedap jerr.. kalah makanan untuk orang sihat ni.. bila berangan macam tu mulahlah muka excited nak masuk wad.. sakit sikit pon pergi check klinik.. dalam hati ni harapkan dapat masuk wad.  sengal kan dok bayang macam tu.  apakebenda lah budak ni. Tapi sejak detik ini          haaa kau nak sangat kan mas...

INDEPENDENT

hai.. aku jenis manusia yang suka acah2 jd independent.. kalau boleh semua benda aku nak buat sendiri, aku tak nak susahkan orang..selagi aku tak jatuh tersungkur menangis ke apa..aku try sampai boleh. aku tak sure benda ni ego semata mata ke atau aku mmg mcm ni and aku ada masalah bila kerja dalam group which is tak elok benda ni sebenarnya..yela, semua benda aku nak buat sendiri.. aku nak benda tu perfect..seketul titik pon tak boleh tinggal. hehehe.. semua group member aku stress. biasanya kitaorang memang akan bahagi2 kan tugas..biasalah manusia..perangai lain2..  pernah sekali ada assignment ni memang sakit la hati aku tengok kerja hasil kerja tu..tapi takpelah..mgkin tu yg trbaik diaorang boleh hasilkan..hantar jela..pastu kena komplen kaw2 punya.. aku merayu kat lecturer untuk buat balik report tu..benda ni macam dilemma tau sbb aku rasa semua orang buat tak perfect..hahahhaha..help me!! masa aku buat fyp, supervisor pn seorg yg perfectionist, baru aku tahu betapa str...

'BFF' KITA LELAKI?

Hei uols.. jom kita sembang2 mengediks. ada diantara kita kan yang suka berkawan dengan berlainan jantina.. mostly kawan2 dia banyak berlainan jantina la. lepak2 pun tetiba sesat dia sorang lelaki.. eh! ok, tak kesah la korang suka kawan dengan sesiapa pun tapi aku nak share sikit apa pros & cons bila kita jadikan lelaki sebagai 'bff'. PROS BILA: mostly lelaki ni bila kita cerita masalah kita dekat diaorang, dioarang automatik akan jadi problem solver. diaorang tak ada lah catch up the whole sad story korang tu, tapi main point, diaorang akan bagi jalan penyelesaian. instead of perempuan, perempuan ni lebih memenangkan kita yang tengah ada masalah ni. bila kita cerita2 problems kita biasanya perempuan akan pujuk, sabarlah ea, kesian kau. semuanya akan ok. so kalau nak jalan penyelesaian segera, cari bff lelaki korang.  cara permikiran yang berbeza. biasanya lelaki dia akan bagi kita jalan penyelesaian yang, weh! kenapa aku tak terfikir pun tadi ea. siapa yang...