![]() |
| SOME LOVE STORIES NEVER END |
Siapa yang tak tengok DILWALE lagi? hooohoiii ruginya awak..
Dua perkataan yang aku boleh kata pasal movie nie, "SIMPLY AMAZING"
Ya tuhan, kajol sangat cantik ok dalam cerita ni.. aku yang perempuan ni pun tahap ternganga keluar air liur..gojes gila.. makin tua makin cantik pulak si kajol ni.. buat aku rasa tak sabar nak turn 21, mungkin makin cantik jugak??
![]() |
| definisi makin tua makin cantik. |
Jalan cerita yang mantap walaupun agak klise la.. tapi takpe.. bila kajol dan shah rukh khan yang berlakon.. cerita yang sama ulang-ulang tengok pun still menangis.. macam cerita kuch kuch hota hai.. 10 kali tengok, 10 kali gak aku menangis.. tak boleh tau.. shah rukh khan tu sangat menjiwai watak dia, bila dia nangis, kita pun rasa sebak dia macam putus cinta..dalam cerita ni pun sama..buat kita rasa kesian gila..menusuk ke hati yang paling dalam.. buat kita macam "takpe shah rukh, kalau kajol tak nak u, i ada.. i boleh protect u" ececeh.. tampar sekali.
cerita ni mengisahkan percintaan antara dua anak ahli gangster yang mana ayah2 diaorang musuh..so ada la konflik yang buatkan Kali dan Meera jatuh cinta dan berpisah selama 15 tahun.
cinta yang orang kata banyak rintangan.. 15 tahun tu setia menunggu.. 15 tahun kita salah faham dengan pasangan kita.. tak ke kesian tu? masa aku tengok cerita ni, aku boleh rasa la yang shah rukh khan (Kali) sangat-sangat cintakan kajol (Meera)..boleh nampak dari mata dia yang dia sedih sangat berpisah dengan Meera.. see, betapa hebatnya shah rukh khan menjiwai watak dia? sampaikan kita boleh rasa situasi dia..rasa apa yang ada dalam hati dia..
Oh ya.. dalam cerita ni pun ada scene aksi juga..sebab diaorang dari family gangster kan..so ada la scene tembak menembak yang buatkan shah rukh khan nampak "wow! meleleh lagi air liur!"
Watak shah rukh khan dalam movie ni bagi aku lagi terkesan dalam hati penonton..dari segi emosinya, riak wajah dia.. sampaikan bila kau tengok mata dia.. kau tahu dia rasa sedih, rasa kosong dalam hati dia. Berbeza la dengan lakonan dia sebelum sebelum ni..
Chemistry antara shah rukh khan dan kajol memang tak payah nak komen la.. tak tahu la nak kata.. banyak pasangan pelakon.. aku rasa chemistry antara diaorang sangat kuat.. terserlah.. loving couple gitu.
Pelbagai rasa bila korang menonton cerita ni.. jom sama sama menjiwai watak dalam DILWALE.
![]() |
| Pandangan yang full of love.. |
ok tak nak cerita banyak-banyak..aku bukan pandai review sangat.. kang jadi hambar la cerita yang best ni. apa yang aku boleh conclude kan pasal movie ni. cerita yang best..jalan cerita padu walaupun klise and yang paling penting.. pelakon yang superb!!!! sangat tak mengecewakan.. tapi korang yang belum tengok lagi..sila bertabahlah.. tiket wayang sold out ja.
![]() |
| siapa yang nak lepaskan rindu tengok shah rukh khan dan kajol bercinta di layar. |
DILWALE - 10/10






sana sini kata best cerita ni. nanti tunggu kat astro best jelah kalau ada..
ReplyDeletebest sangat kak.. saya tengok ulang-ulang..
Delete