Skip to main content

CANTIK

Hai.

Hei uols. Hari tu ada makcik tegur kulit muka aku dah makin elok. Siap tanya pakai produk apa.. kekekeke.. dulu kulit muka aku memang berjerawat, berminyak.. seram tengok muka sendiri.. aku pulak jenis tangan gatal..pantang tengok nasi jerawat tu, aku picit2 sampai luka.. pastu tinggal bekas hitam2. Lama gila bekas hitam tu nak hilang..bertahun jugak la.. bila dah banyak membaca tips2,  dah bijak sikit.. baru tahu apa do's and don'ts.


Aku memang suka tukar2 produk muka.. terpengaruh dengan design cantik2.. hahaha.. tak ada lah.. kita nak cari yang serasi dengan kita.. bila aku start pakai produk muka aku sekarang ni. Aku tak tukar dah.. 3 tahun aku pakai yg tu jela..

Tapi kalau setakat bergantung kat skincare tak ada nya kulit cantik sangat.. sebab kan.. aku percaya orang cakap.. cantik tu mula dari dalam.. maksud aku mental, spiritual, emosi tu kena bagi cantik dulu.. baru terpancar kat wajah kita..

Lagi satu aku suka buat benda merepek repek pastu bubuh kat muka.. kadang2 aku tumbuk cengkih dengan kulit kayu manis bubuh kat muka.. pastu menggelupur pedih.. kadang2 aku suka pakai masker putih telur.. tapi paling aku suka scrub muka guna lemon dengan gula.. rasa fresh sangat lepas tu. Eh banyak la lagi aku buat.. tapi semua guna bahan semulajadi.  Sebab takut gak pakai memacam muka lagi teruk.. so guna jela cara kampung..lambat sikit nak nampak kesan.

Aku pulak ada masalah penghadaman.. susah nak membuang.. aku jadi stress tau.. tapi ok la lepas aku start minum innershine.. membuang hari2.. i like!!! Kalau tak, aku selalu jadi murung sebab tak boleh membuang. Nak sihat, nak cantik ni kena banyak minum air putih..Dulu aku memang kurang minum air putih tu.. tapi masa kena denggi tu aku dipaksa minum berliter liter air sehari.. jadinya macam teruskan jela benda tu kan..

Aku suka mekap, suka gila.. dulu kalau nak tutup parut hitam tu aku pakai foundation tebal 5 inci.. pastu macam apa jadinya sebab berpeluh kan.. bercapuk capuk.. aku tak tahu lag apa yang pakwe aku pandang kat aku dulu.. berjerawat, hitam, gemuk.. hoii sedih.. sekarang alhamdulillah.. keluar pakai pelembab dengan bedak je.. jarang la aku pakai foundation..

Apa2 pun, nak cantik semua start dari dalam.. jaga sistem dalaman kita elok2.. aku idak ler kata aku cantik macam model2 tu.. eh cantik dari aku yg dulu itu yer.. aku yang dulu bukanlah yang sekarang.. ewahhh..


Saja bubuh nak promote diri. T_T










Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

GIGI DAH CANTIK

hai selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang. masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi  macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema. macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini ] aku jumpa kl...

'BFF' KITA LELAKI?

Hei uols.. jom kita sembang2 mengediks. ada diantara kita kan yang suka berkawan dengan berlainan jantina.. mostly kawan2 dia banyak berlainan jantina la. lepak2 pun tetiba sesat dia sorang lelaki.. eh! ok, tak kesah la korang suka kawan dengan sesiapa pun tapi aku nak share sikit apa pros & cons bila kita jadikan lelaki sebagai 'bff'. PROS BILA: mostly lelaki ni bila kita cerita masalah kita dekat diaorang, dioarang automatik akan jadi problem solver. diaorang tak ada lah catch up the whole sad story korang tu, tapi main point, diaorang akan bagi jalan penyelesaian. instead of perempuan, perempuan ni lebih memenangkan kita yang tengah ada masalah ni. bila kita cerita2 problems kita biasanya perempuan akan pujuk, sabarlah ea, kesian kau. semuanya akan ok. so kalau nak jalan penyelesaian segera, cari bff lelaki korang.  cara permikiran yang berbeza. biasanya lelaki dia akan bagi kita jalan penyelesaian yang, weh! kenapa aku tak terfikir pun tadi ea. siapa yang...

REALISTIK ATAU TIDAK?

Salam..  Lama tak berblog aku ni kan. hmm entahlah point tu ada nak bercerita lagi malasnya nak menaip.  4 bulan lagi aku nak jadi isteri orang dah ni. omg tak sangka sangat padahal dulu sibuk taknak kahwin. POYO LEBIH.  Bila fikir pasal wedding ni mestilah kita ada impian yang baik.. nak build keluarga kita sendiri macam mana mak ayah kita, nak bahagia dengan suami dengan anak anak. before kahwin pun kita as perempuan ( ke aku je) pun ada impian juga. entahlah aku rasa aku je over nak ada impian sebelum aku kahwin ni.. hahahahha IMPIAN SEBELUM KAHWIN: 1) Solo travel Yang ni aku tak sempat nak tunaikan lagi, tapi adalah aku pi korea hari tu..kira dapat juga la travel sebelum kahwin. Sebenarnya aku tak rasa macam lepas kahwin aku tak boleh travel lagi. NO! NO! NO! Sebab bakal suami aku pun kaki travel juga, kiranya sama minat dan sekepala la. so aku tak ada lah rasa stress lepas kahwin aku tak bebas pergi travel ke apa. Risau tentang kewangan j...