Skip to main content

FASA MENGGELETIS

Hai..

Iols tetiba je rajin nak menaip entri ni, kita curi curi masa sikit.. amboi.. statement macam busy sangat je aku ni..padahal, housemate sendiri je tahu macam mana.

sebelum tu apa yang aku nak cerita ni adalah rekaan semata-mata.. bukan nak cari publisiti, tapi itulah hakikatnya..kekekeke..andai ada yang terasa ke, aku mintak maaf kuasa infinity.

sekarang tengah kecoh pasal adik amira yang kononya diculik tu kan..alih-alih jumpa kat banting dengan boyfriend dia.. kecoh satu malaysia viral kan dia masa tersebar rakaman suara, niat nak menolong, kesian..nampak tak rakyat malaysia prihatin..tapi orang yang tak bertanggungjawab pijak kepala pulak. pijak balik kang.. bila sesuatu benda jadi viral, perangai aku aku suka baca komen-komen rakyat malaysia ni..macam komen weh.. lawak-lawak, kadang aku rasa ada betul jugak pendapat diaorang walaupun bila baca tu terasa la juga pedasnya.. menggelupur jap cari air nak minum. tapi kan seriously, bila kita dah dewasa kita mesti akan ingat balik apa kita buat dulu..time tu la kau rasa bodohnya aku time tu.. kenapa la aku tak berfikir kesan bila aku buat benda tu.. time tu rasa macam dah betul dah aku buat.

melalut dah aku ni, kembali pada tajuk entri.. hari tu sembang-sembang dengan housemate..biasalah kalau dah kumpul sesama.. merepek-repek la ceritanya.. cerita pasal  moyang kau sampai ke kau.. 7 keturunan punya cerita tak habis.. tetiba la sorang housemate aku ni bangkitkan isu perempuan dan menggeletis.. aku macam tertarik la..aik, menggeletis pun nak kena ada fasa-fasa ke..

meh aku ceritakan fasa menggeletis perempuan.

1. fasa menggeletis ni khas untuk budak-budak baru nak up tu.. sekolah menengah lagi tapi acah2 macam dah besar sangat la tu. hingus meleleh pun lap kat baju lagi.. umur 13-17 tahun ni la fasa menggeletis paling bahaya.. kalau parents tak kawal betul waktu ni, ke laut la jawabnya. fasa menggeletis ni fasa sibuk nak bercouple.. kawan semua sweet-sweet dengan boyfriend, gila kau mereput single. nampak kawan-kawan makan dengan boyfriend, siap bersuap time makan, aku pun boleh suap boyfriend aku la, suap pakai kaki lagi.. baru hipster kan?


2. fasa menggeletis kedua ni buat akak-akak baru 20-an ni.. haa, umur 21/22 dari kronik fasa menggeletis dia.. fasa menggeletis nak kahwin.. suka tengok couple sweet-sweet, jalan dengan husband pegang-pegang tangan.. tengok insta pasangan kahwin muda,sweetnya.. terus rasa macam, makkkk...nak kahwin jugak!! aku berada dekat situasi ni sekarang..rasa macam dah boleh kot aku kahwin.. cukup matang dah ni.. bestnya dapat jejalan dengan husband..peluk2, makan bersuap tak ada siapa nak marah. aku selalu fikir macam tu lepas aku stalk insta orang..hahahah..

tapi bila aku fikir dengan aku pemalas macam ni, macam mana nak urus suami. tahap malas seram sangat.. baju pun malas nak iron kalau keluar, kalau boleh pakej malas sekali nak mandi.. aku kagum la.. rajin betul hipster2 di luar sana.. bertabah betul nak siap2 waktu keluar tu.. macam ni nak urus rumah tangga, aku boleh bayangkan betapa bersepahnya rumah aku..tak terurusnya suami aku nanti..hahaha.. perkahwinan bukan setakat peluk2 sweet2.. kita hanya nampak luaran yang sweet2, yang duka2 tu kita tak tahu..macam mana diaorang handle.. tak kan gambar kuali terbang time gaduh pun nk upload jugak kan. eh entah, aku tak pernah kahwin. tak mahu cakap lelebih..so sabar..sampai waktu bila kita dah ready, Allah akan bagi. tapi risau juga..bila dah terlalu selesa sendiri.

apa-apa pun bak kata my lovely bapak, "hidup ni perancangan Allah, sampai masa akan diberi juga bahagian kita". terus aku sentap bila bapak aku kata macam ni. T_T








Comments

Popular posts from this blog

GIGI DAH CANTIK

hai selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang. masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi  macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema. macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini ] aku jumpa kl...

'BFF' KITA LELAKI?

Hei uols.. jom kita sembang2 mengediks. ada diantara kita kan yang suka berkawan dengan berlainan jantina.. mostly kawan2 dia banyak berlainan jantina la. lepak2 pun tetiba sesat dia sorang lelaki.. eh! ok, tak kesah la korang suka kawan dengan sesiapa pun tapi aku nak share sikit apa pros & cons bila kita jadikan lelaki sebagai 'bff'. PROS BILA: mostly lelaki ni bila kita cerita masalah kita dekat diaorang, dioarang automatik akan jadi problem solver. diaorang tak ada lah catch up the whole sad story korang tu, tapi main point, diaorang akan bagi jalan penyelesaian. instead of perempuan, perempuan ni lebih memenangkan kita yang tengah ada masalah ni. bila kita cerita2 problems kita biasanya perempuan akan pujuk, sabarlah ea, kesian kau. semuanya akan ok. so kalau nak jalan penyelesaian segera, cari bff lelaki korang.  cara permikiran yang berbeza. biasanya lelaki dia akan bagi kita jalan penyelesaian yang, weh! kenapa aku tak terfikir pun tadi ea. siapa yang...

REALISTIK ATAU TIDAK?

Salam..  Lama tak berblog aku ni kan. hmm entahlah point tu ada nak bercerita lagi malasnya nak menaip.  4 bulan lagi aku nak jadi isteri orang dah ni. omg tak sangka sangat padahal dulu sibuk taknak kahwin. POYO LEBIH.  Bila fikir pasal wedding ni mestilah kita ada impian yang baik.. nak build keluarga kita sendiri macam mana mak ayah kita, nak bahagia dengan suami dengan anak anak. before kahwin pun kita as perempuan ( ke aku je) pun ada impian juga. entahlah aku rasa aku je over nak ada impian sebelum aku kahwin ni.. hahahahha IMPIAN SEBELUM KAHWIN: 1) Solo travel Yang ni aku tak sempat nak tunaikan lagi, tapi adalah aku pi korea hari tu..kira dapat juga la travel sebelum kahwin. Sebenarnya aku tak rasa macam lepas kahwin aku tak boleh travel lagi. NO! NO! NO! Sebab bakal suami aku pun kaki travel juga, kiranya sama minat dan sekepala la. so aku tak ada lah rasa stress lepas kahwin aku tak bebas pergi travel ke apa. Risau tentang kewangan j...