Skip to main content

JANGAN TERASA

Hai.

Hei uols. Aku tak nafikan hidup sebagai seorang student ni memang masalah kewangan tak dapat nak lari. alah, orang bekerja lagi teruk.. nak bayar macam2 bil..kereta, sewa rumah bil2 segala.. bila aku dah duduk rumah sewa sendiri baru aku tahu macam mana mak aku handle semua.. memang susah.

Aku ada kawan2 dan aku sendiri kadang2 tak ada duit.. makan maggie seminggu tu perkara biasa la.. maggie tu aku rasa makanan paling sedap kot, nak2 maggie kawan.. perhh tu lagi sedap.

Aku ingat lagi, dulu aku kena belasah teruk dengan nenek aku. Time tu aku darjah 2, aku kerja tolong makcik kat taman aku. Kerja pasang wayar. Dapat upah seringgit.. kemain seronok kau aku beli jajan, mak aku nenek aku memang tak lah nak bagi duit beli jajan tu yg aku cari duit sendiri.  Pastu tah makcik kepochi mana bagitahu nenek aku. Kalau tak aku tak kena belasah teruk sebab aku menjawab cakap nenek aku..nenek aku pulak memang pantang nenek moyang dia kalau orang menjawab ni. Memang teruk kau kena. Lepas tu aku dah tak tolong makcik tu dah

Darjah 4 pulak aku da tolong mak aku niaga tepi jalan.. kecil2 je masa tu.  Mak aku buat part time.. pagi kerja kilang zip, petang mak aku niaga.. panas berhujan.. panas aku boleh tahan lagi.  Kalau hujan tu.. ya Allah.. takut sangat. Masa tu mak aku niaga pakai payung. Time angin kuat kena pegang payung basah2 baju.. dah 10 tahun mak aku niaga. Alhamdulillah.

Lagi satu kalau berniaga tepi jalan ni, faham2 jela masyarakat.. bukan aku nak kutuk.  Ni realiti, aku yang hadap.

"Dah habis sekolah ke"?
"Tak payah sekolah la kan, sekolah pun buat apa, niaga jela kan"
" kesian awk, berapa la ea dapat sehari"


Eh eh, aku faham niat dia baik, tolong mak lagi baik..dapat pahala.. aku senyum je bila orang kata macam tu.. tapi jangan pandang orang berniaga ni orang tah apa2.. makcik jual apam balik kat tempat aku ni, anak dia 3 orang lulusan universiti awam.. rumah dia memang ko tak sangka dia berniaga tepi jalan.. nampak bodoh2 je.. sebab tu jangan pandang orang sebelah mata.

Entri ni bukan aku nak memperlekeh kan sesiapa.. cuma nak korang bukak mata buka minda. Buat pelajar2 universiti, ukur baju di badan sendiri.. takpelah kita bersusah susah dahulu..walaupun perit.. tak payah ikut kawan2 yg memang dah anak orang kaya.. kalau tak ada duit, tak payah sibuk nak ber iphone 6 7 8, kalau tak ada duit tak payah pakai baju padini, H&M bagai.
Aku minta maaf kalau ada kurang dan salah dalam entri aku ni. Oh ya, mak aku ada pesan 'Hidup jangan banyak mencipta alasan'.










Comments

Popular posts from this blog

KHAYALAN PAHIT HEMPEDU

Hai.. Dulu masa aku dalam categori budak2 tak matang lagi, aku ada satu perasaan dimana aku teringin sangat nak masuk wad. ada antara kawan2 aku yang pernah masuk wad sebab denggi la, asthma la.. semua dok sibuk cerita pengalaman memasing.. ada yang seronok sebab dapat usha doktor2 hensem, ada gak yang takut nak tidur malam bagai.. bila dorang cerita macam tu aku diam melopong jela.. tak ada pengalaman kan.. sejak tu lah aku macam nak masuk wad, nak masuk wad.. boleh cerita kat orang lain macam mana pengalaman kita duduk wad.. masa tu aku bayangkan kat wad mesti seronok. doktor hensem2 wehhh.. makanan hospital tu macam sedap jerr.. kalah makanan untuk orang sihat ni.. bila berangan macam tu mulahlah muka excited nak masuk wad.. sakit sikit pon pergi check klinik.. dalam hati ni harapkan dapat masuk wad.  sengal kan dok bayang macam tu.  apakebenda lah budak ni. Tapi sejak detik ini          haaa kau nak sangat kan mas...

INDEPENDENT

hai.. aku jenis manusia yang suka acah2 jd independent.. kalau boleh semua benda aku nak buat sendiri, aku tak nak susahkan orang..selagi aku tak jatuh tersungkur menangis ke apa..aku try sampai boleh. aku tak sure benda ni ego semata mata ke atau aku mmg mcm ni and aku ada masalah bila kerja dalam group which is tak elok benda ni sebenarnya..yela, semua benda aku nak buat sendiri.. aku nak benda tu perfect..seketul titik pon tak boleh tinggal. hehehe.. semua group member aku stress. biasanya kitaorang memang akan bahagi2 kan tugas..biasalah manusia..perangai lain2..  pernah sekali ada assignment ni memang sakit la hati aku tengok kerja hasil kerja tu..tapi takpelah..mgkin tu yg trbaik diaorang boleh hasilkan..hantar jela..pastu kena komplen kaw2 punya.. aku merayu kat lecturer untuk buat balik report tu..benda ni macam dilemma tau sbb aku rasa semua orang buat tak perfect..hahahhaha..help me!! masa aku buat fyp, supervisor pn seorg yg perfectionist, baru aku tahu betapa str...

'BFF' KITA LELAKI?

Hei uols.. jom kita sembang2 mengediks. ada diantara kita kan yang suka berkawan dengan berlainan jantina.. mostly kawan2 dia banyak berlainan jantina la. lepak2 pun tetiba sesat dia sorang lelaki.. eh! ok, tak kesah la korang suka kawan dengan sesiapa pun tapi aku nak share sikit apa pros & cons bila kita jadikan lelaki sebagai 'bff'. PROS BILA: mostly lelaki ni bila kita cerita masalah kita dekat diaorang, dioarang automatik akan jadi problem solver. diaorang tak ada lah catch up the whole sad story korang tu, tapi main point, diaorang akan bagi jalan penyelesaian. instead of perempuan, perempuan ni lebih memenangkan kita yang tengah ada masalah ni. bila kita cerita2 problems kita biasanya perempuan akan pujuk, sabarlah ea, kesian kau. semuanya akan ok. so kalau nak jalan penyelesaian segera, cari bff lelaki korang.  cara permikiran yang berbeza. biasanya lelaki dia akan bagi kita jalan penyelesaian yang, weh! kenapa aku tak terfikir pun tadi ea. siapa yang...