Skip to main content

SI LIPAS PENCURI KETENANGAN DI SUBUH HARI

hai..


Sihat ke uols? harap semuanya sihat.. sekarang ni waktu aku dah tak teratur.. makan tengahari pukul 5 petang, makan malam pukul 2 pagi.. tidur tak payah bagitahu la, bangun tidur lagi la sedih nak bagitahu korang..



semalam kitaorang baru nak cari makan dalam pukul 12 pagi lebih gitu..pergi bangi..sampai2 je kedai tu dah naikkan kerusi, kecewa betul.  pastu cari jela kedai makan dekat2 situ sebab malas dah nak fikir kedai mana.. ok la, ada satu kedai ni.. turun2 kereta terus duduk.. aku fikir dah sedap betul dapat kuew tiaw goreng basah.. nak order tu la jap lagi.. sekali abang kedai tu cakap.. "adik, makanan dah habis dah" aku terus menangis guling-guling depan dia sambil jerit nak jugak kuew tiaw goreng!!!"


last2 makan dekat-dekat rumah sewa je, aku tak tahu la apa motif pergi sampai ke bangi. dah settle-settle semua sampai rumah dalam pukul 2 setengah gitu.. aku bukan boleh baring atas 'toto idaman' terus dapat lelap.. mahu setengah jam layan perasaan, goyang-goyang kaki..baru lah lelap.. mengada lebih.


dalam pukul 6 lebih tu aku tersedar.. lepas subuh semua, acah-acah nak tidur balik.. baru je nak lelap mata tetiba aku rasa ada benda berjalan kat telinga aku.. aku dah macam wong fei hong dok tepis2.. pastu tetiba aku rasa kat kaki pulak.. eh ni tak leh jadi ni.. aku takut cicak jatuh melekat kat aku, geli aku. aku bangun bukak lampu, perhati punya perhati sekali lipas besar gila kau. lipas tu dok lalu sebelah kawan aku.. aku kejut kawan aku slow2 je, tak nak dia kena heart attack padahal aku rasa nak jerit keluar suara jantan.  aku terus ambil ridsect spray kat lipas... sekali sengal dia lari laju gila kat aku.. "arghhhhh!!!"
keluar juga suara jantan .. sampaikan kawan aku yang lain keluar tanya kenapa. lepas tu apalagi perang la dengan lipas tu..


kawan aku pulak bagi dia terbalik je.. nak lipas tu mati sendiri.. kau dah kenapa?? aku kata lah.. weii nanti dia bangun balik.. aku pun ambil gayung.. penyek2 kan.. puas hati aku, degil sangat kau ni! lepas tu aku terfikir.. aku menyesal.. menangis2 aku macam orang gila.. kawan aku kata

"kau dah kenapa? menangis pulak?"

"apa aku dah buat ni?"

"merepek apa kau?"

"mana ada aku merepek.. wei sekarang ni aku dah jadi pembunuh tahu tak *sambil goncang2 bahu kawan.. subuh ni jadi saksi aku dah bunuh lipas ni, pencuri ketenangan aku nak sambung tidur" menangis sambil peluk lutut acah-acah fobia dan mengada.

* dialog hanya rekaaan semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

GIGI DAH CANTIK

hai selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang. masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi  macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema. macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini ] aku jumpa kl...

'BFF' KITA LELAKI?

Hei uols.. jom kita sembang2 mengediks. ada diantara kita kan yang suka berkawan dengan berlainan jantina.. mostly kawan2 dia banyak berlainan jantina la. lepak2 pun tetiba sesat dia sorang lelaki.. eh! ok, tak kesah la korang suka kawan dengan sesiapa pun tapi aku nak share sikit apa pros & cons bila kita jadikan lelaki sebagai 'bff'. PROS BILA: mostly lelaki ni bila kita cerita masalah kita dekat diaorang, dioarang automatik akan jadi problem solver. diaorang tak ada lah catch up the whole sad story korang tu, tapi main point, diaorang akan bagi jalan penyelesaian. instead of perempuan, perempuan ni lebih memenangkan kita yang tengah ada masalah ni. bila kita cerita2 problems kita biasanya perempuan akan pujuk, sabarlah ea, kesian kau. semuanya akan ok. so kalau nak jalan penyelesaian segera, cari bff lelaki korang.  cara permikiran yang berbeza. biasanya lelaki dia akan bagi kita jalan penyelesaian yang, weh! kenapa aku tak terfikir pun tadi ea. siapa yang...

REALISTIK ATAU TIDAK?

Salam..  Lama tak berblog aku ni kan. hmm entahlah point tu ada nak bercerita lagi malasnya nak menaip.  4 bulan lagi aku nak jadi isteri orang dah ni. omg tak sangka sangat padahal dulu sibuk taknak kahwin. POYO LEBIH.  Bila fikir pasal wedding ni mestilah kita ada impian yang baik.. nak build keluarga kita sendiri macam mana mak ayah kita, nak bahagia dengan suami dengan anak anak. before kahwin pun kita as perempuan ( ke aku je) pun ada impian juga. entahlah aku rasa aku je over nak ada impian sebelum aku kahwin ni.. hahahahha IMPIAN SEBELUM KAHWIN: 1) Solo travel Yang ni aku tak sempat nak tunaikan lagi, tapi adalah aku pi korea hari tu..kira dapat juga la travel sebelum kahwin. Sebenarnya aku tak rasa macam lepas kahwin aku tak boleh travel lagi. NO! NO! NO! Sebab bakal suami aku pun kaki travel juga, kiranya sama minat dan sekepala la. so aku tak ada lah rasa stress lepas kahwin aku tak bebas pergi travel ke apa. Risau tentang kewangan j...