Skip to main content

BEAUTY TALK- FACE MASK

hai semua <3

sekarang musim panas yang amat.. kulit aku pulak jenis yang cepat sangat serap haba.. berjemur sekejap je, balik bila buka tudung mesti muka dah berbelang.. sobs sobs.. tambah2 pulak aku jenis yang kerap bermakeup..lagi la kulit cepat rosak dan berjerawat.

kulit muka aku jenis yang sensitive, so kalau salah pakai produk je habis la..pencuci muka pun sama.. aku tak boleh tukar2. setakat ni, pencuci muka LOREAL je yang sesuai dengan kulit aku. seriously, kalau ada jerawat pun cepat je kecut.. i like!! so girls, guna lah LOREAL, kerana dirimu begitu berharga. sekarang ni alhamdulillah, jerawat da makin berkurang, tak macam zaman sekolah dulu. sekarang ni terkawal la.. ada je tumbuh seketul dua.. ikut time2 dia la.. kalau tengah period tu memang dia bawak kaum la tumbuh kat muka aku ni.. sekarang ni masalahnya, kulit muka aku senang nak burn!!



kulit muka aku tanpa sebarang makeup. #no filter #no edit. 

see, kulit tangan aku lagi putih dari muka..nak menangis rasanya.. bila kulit burn dia sekali dengan pakej menggelupas.. girls tau la perasaan ni.. *lap air mata syahdu






 taraaaaaaaaaa !!!!! ni la solution kepada masalah aku.. face mask.. aku kerap pakai face mask untuk pulihkan balik kulit burn aku. seminggu tu adalah 3/4 kali aku pakai. face mask ni semua aku beli dari drugstore outlet je, mormally watson atau guardian la. face mask yang brands NAISTURE tu aku beli dari Wellnes AEON. masa tu ada offer, dapat la RM 10 untuk 4 face mask. Aku baru je cuba brand ni. so far ok la.. tapi dia ada rasa pedih2 sikit bila pakai tu.. so aku risau gak pakai.. rakut chemicals dia kuat sangat. haaa, yang hujung sekali tu siapa tak kenal, DERMAGIC RELAXING MASK from SimplySiti. yang ni pun ok..murah pun murah.. RM 4.90 je kalau tak silap.. boleh beli di Watson/ Guardian ye.. feveret aku yang face mask yang warna pink tu.. JEJU LILY FACE MASK by guardian. seriously, kalau kulit aku burn, aku pakai mask ni je.. sekejap je da kurang burn tu.. memang berkesan kat kulit muka aku. face mask ni untuk brigtening dan formula di khas dari Korea uols. lepas pkai face mask ni boleh la acah2 putih macam girls Korea.








rasa sejuk je muka






Face mask ni bila aku pakai tak rasa pun pedih2 muka macam sesentah brand yang aku cuba.. rasa sejuk je bila pakai.. walaupun sekali guna, tapi da kurang da burn kat muka..




feeling2 pakai face mask sambil baca majalah/novel.. treatment bila aku stress aku suka membaca



itu jela cerita beauty2 dari aku.. jom girls kita jaga kecantikkan diri kita.. aku suka makeup, aku suka cantik2.. bergaya, pakai heels.. aku arasa confidents bila nak berdepan dengan orang.. aku adore perempuan yang pandai jaga kecantikkan diri dia.. girls je yang tahu macam mana susah nak ikut routine jaga kecantikkan ni.. supplements, krim muka dan losyen bagai. rajin gila okay.. salute uols girls!!



may the wings of your eyeliner always be even ^_^



Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. dulu muka sheliz pun lg gelap dr tangan, pakai hada labo whitening baru cerah.. trylah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Da pernah try da sheliz.. tak ok pulak terus naik jerawat kat muka

      Delete
    2. ooh... maybe tak sesuai dgn kulit awak.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

GIGI DAH CANTIK

hai selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang. masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi  macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema. macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini ] aku jumpa kl...

'BFF' KITA LELAKI?

Hei uols.. jom kita sembang2 mengediks. ada diantara kita kan yang suka berkawan dengan berlainan jantina.. mostly kawan2 dia banyak berlainan jantina la. lepak2 pun tetiba sesat dia sorang lelaki.. eh! ok, tak kesah la korang suka kawan dengan sesiapa pun tapi aku nak share sikit apa pros & cons bila kita jadikan lelaki sebagai 'bff'. PROS BILA: mostly lelaki ni bila kita cerita masalah kita dekat diaorang, dioarang automatik akan jadi problem solver. diaorang tak ada lah catch up the whole sad story korang tu, tapi main point, diaorang akan bagi jalan penyelesaian. instead of perempuan, perempuan ni lebih memenangkan kita yang tengah ada masalah ni. bila kita cerita2 problems kita biasanya perempuan akan pujuk, sabarlah ea, kesian kau. semuanya akan ok. so kalau nak jalan penyelesaian segera, cari bff lelaki korang.  cara permikiran yang berbeza. biasanya lelaki dia akan bagi kita jalan penyelesaian yang, weh! kenapa aku tak terfikir pun tadi ea. siapa yang...

REALISTIK ATAU TIDAK?

Salam..  Lama tak berblog aku ni kan. hmm entahlah point tu ada nak bercerita lagi malasnya nak menaip.  4 bulan lagi aku nak jadi isteri orang dah ni. omg tak sangka sangat padahal dulu sibuk taknak kahwin. POYO LEBIH.  Bila fikir pasal wedding ni mestilah kita ada impian yang baik.. nak build keluarga kita sendiri macam mana mak ayah kita, nak bahagia dengan suami dengan anak anak. before kahwin pun kita as perempuan ( ke aku je) pun ada impian juga. entahlah aku rasa aku je over nak ada impian sebelum aku kahwin ni.. hahahahha IMPIAN SEBELUM KAHWIN: 1) Solo travel Yang ni aku tak sempat nak tunaikan lagi, tapi adalah aku pi korea hari tu..kira dapat juga la travel sebelum kahwin. Sebenarnya aku tak rasa macam lepas kahwin aku tak boleh travel lagi. NO! NO! NO! Sebab bakal suami aku pun kaki travel juga, kiranya sama minat dan sekepala la. so aku tak ada lah rasa stress lepas kahwin aku tak bebas pergi travel ke apa. Risau tentang kewangan j...