Skip to main content

TRAVEL TALK: UNEXPECTED VACATION


Hai..

ok ni first time aku pergi travel dengan kawan2.. semua kitaorang plan sendiri dari A to Z. bukan senang ye nak plan vacation ni.. selama ni aku ikut je plan bapak aku kalau familily nak pergi bercuti mana2.

kitaorang baru habis diploma tu yang plan nak pergi bercuti.. bincang2 semua setuju nak ke Pulau Pangkor.. acah2 semua nak balik kampung masing2 dah..nak spent time together la kononnya.. sebenarnya mula2 rancang 7 orang tapi bila time pergi 3 org je yg betul2 sure nak pergi.. mula2 kitaorg amik pakej 2 hari 1 malam.. RM219 seorang termasuk semua tiket feri pergi balik, resort, snorkeling dan island tour. plannya habis je presentation hari jumaat tu esoknya kitaorang gerak ke lumut dari kajang.. tiket bas penuh dah sebab orang balik untuk first day ramadhan kan, so dapat pun awal2 pagi pukul 8.20 pagi.. kena naik bas dekat tbs.. bas dari kajnag ke lumut tak ada pulak..exticed punya pasal, malam tu aku ngn farahin tak boleh tido..tido pun lambat.. esoknya apa lagi kitaorg pun bangun lambat la.. korang mesi dapat agak kan, kitaorg tertinggal bas wei.. grrrrrr.. aku da bad mood habis la.. kawan aku yang si hana ni da lama tunggu kat Tbs.. da la kitaorg lamba bangun lepastu boleh pulak KTM pun lambat.. setengah jam gak la mereput tunggu KTM tu.. ngam2 je ktm sampai pkul 8.20 pagi, bas da tinggalkan kitaorang wei.. hanya mampu redha..  

tapi aku kata dekat member aku, farah.. aku nak pergi jugak pangkor ni. nak jugak pergi.. hahhahaha.. nampak saiko dia tu..nak jugak.. so kitaorang teruskan jugak perjalanan sampai tbs.. sampai sana kitaorg plan nak beli tiket baru ke lumut.. ataupun tiket ke terenganu atau penang.. ramai gila manusia masa tu.. sebab semua nak balik kampung sambut ramadhan kan.. aku dah mental  breakdown tengok manusi ramai macam tu.. nasib ada tiket lagi, tapi peang la pukul 3.30..aku kata, amik jela. kita bagpack je.. unplanned jela vacation kali ni.. redah je..so dari pukul 11 pagi kitaorg tunggu bas kat tbs.. da makan2 solat dan sempat tido lagi.. hahahaha.. dalam pukul 3.30 ptg kitaorg naik bas.. perhhh perasaan aku..tak terkata..berjaya gak naik bas.. baru naik bas, sampai lumut tak tahu lagi.

lama gak perjalanan bas ke lumut ni, lebih kurang 6jam kot.. sebab bas ni banyak singgah tempat untuk turunkan penumpang.. bas kebas punggung aku dok dalam bas.. aku dok mencarut dalam hati bila la nak sampai..  pukul 9.00 mlm macam tu kitaorang sampai lumut..sah2 la feri dah tutup kan.. so kitaorang tido kat lumut je..dari amik pakej, kiatorang day trip je,, kira deposit pakej tu burn la, tapi takpe disebabkan aku nak pergi jugak..member aku layankan je.. malam tu sampai2 lumut kitaorang terus cari hotel bajet..korang jangan risau..kat sana memang banyak gila hotel bajet..berdekatan je dengan jeti lumut tu. lastly, kitaorg check in Galaxy Inn hotel.. ok la harga dia, RM100 semalam.. kongsi tiga orang dalam RM30 lebih je sorang.. sebelah hotel ni ada kedai makan, so memang senang la.. bilik hoteltu pun selesa, overall ok la.. tak rasa ralat nak menginap kat hotel ni.. lepas kitaorang check in, masukkan barang2 semua. kitaorang turun makan kat kedai bawah.. selesai makan semua sempat lagi jalan2 kat jeti lumut tu.. cuci2 mata sikit dekat kedai yang jual sourvenir..kemain nak beli sourvenir, belum sampai pangkor lagi..hahahahah..




kat jeti pangkor ni ada orang lepak2 sambil tengok busking.. ramai jugak la orang masa kau pergi tu.. seronok, angin sejuk je kat sebab tepi laut           


kitaorang tak lepak lama pun sebab masing2 da penat so marilah balik bilik..kita tidur..oh yaa, sempat gak ala aku beli2 sourvenir masa pusing2 lumut ni..selesai day 1 in lumut..

so the next day.. bermula lah pengembaraan main redah oleh kami bertiga.. kitaorang bangun awal sebab fobia da kena tinggal..hahah.. da siap2 semua sempat sarapan lagi dekat kedai semlam. dalam pukul 7 lebih macam tu gerak pergi jeti.. 10 minit je jalan kaki.. memang dekat sangat..sampai jeti terus beli tiket.. tiket feri murah je..RM10 pergi balik untuk dewasa.. kalau kanak2 RM5 kot..aku tak sure la..  ngam2 kiatorang siap beli tiket, feri pun sampai,, bagusnya.. tak payah tunggu lama.. i like.. tapi jangan risau.. feri ada setiap setangah jam.. so jangan takut tertinggal feri..

masa perjalanan feri ke jeti pangkor tu lebih kurang 45minit la.. sempat la posing sana sini atas feri..hehehe..



ok ni muka tak mandi.. serious.. aku tak mandi pagi tu.. sebab aku fikir kejap lagi nak snorkeling bagai..hahahahhha buruk betul perangai.. sorry bakal husband.. i malas mandi la







sampai ke jeti pulau pangkor tu, korang boleh ambil van/teksi ke teluk nipah.. kat situ la ada service untuk snorkeling resort bagai.. harga teksi/van ke teluk nipah RM15 je..berpatutan sangat..sampai je kat teluk nipah..kitaorang amik snorkeling kat brader lepang.. ponok snorkeling dia betul2 depan teksi stand teluk nipah..senang je nak cari..aku suggestkan korang amik service brader ni..service dia bagus.. snorkeling untuk 3 orang cuma RM55 je, untuk bot kecil la..



masa ni kitaorang da sampai Pulau Giam untuk snorkeling.. yeahhh seronok ok naik bot ni.. ladik yang bawak tu sporting habis.. habis dia buli ahkak2 ni.. nak terbalik bot dia dia bawak..hahahha.. ahkak2 hanya mampu menjerit ketakutan     
Pulau Giam


Spoilnya.. tak best langsung ok snorkeling kat pulau pangkor ni.. mungkim time tu tak ada rezeki kiatorang tengok ikan banyak2.. air keruh pulak tu..kitaorg just mandi2 je.. kalau nak snorkeling yang best2 pergi la pulau2 belah pantai timur.. tu best. kitaorang mandi tak lama pun. dalam 1 jam tu balik semula ke teluk nipah.. ada tandas awam kat teluk nipah tu.. so kitaorang mandi situ sipa2 tukar baju..lepas tu kitaorang sewa van pink untuk pusing 1 pulau pangkor ni.. harga RM80 je. best.. dia banyak kita singgah banyak tempat.. Singgah kedai proses keropok ikan, Kota Belanda, singgah kampung nelayan kat situ.. siap tunggu lagi kalau nak bergambar je, beli2 barang ke.. selain tu korang boleh je sewa motor..best jugak pusing2 naik motor.. tapi kena drive motor sendiri la..kitaorg mula nak sewa motor je. tapi takut sesat pulak kat pulau tu.. buat naya je..tengok gambar jela ea.. malas dah nak taip..hahahhahaha







tembok2 belakang aku, tu lah Kota Belanda








acah2 model sendu tak jadi











habis je pusing tempat2 menarik kat pulau pangkor, terus van pink tu hantar ke jeti terus.. and then kembaliklah semula ke kajang..heee.. seronok tau vacation macam ni.. tapi sumpah penat.. sebab kena rushing nak kejar masa..aku enjoy gila ok sebab alhamdulillah, member2 aku yang 2 org tu pun macam aku..gamble, redah je dan tak cerewet.. tak kisah baju shawl tak iron...muka tak makeup, berjemur panas pun tak keah..seronok pergi dengan member macam ni.. ini jela cerita vacation aku yang unexpected ni.. nanti aku share kan tips travel ke pulau untuk backpackers ok.. love u guys.. salam ramadhan. <3


Comments

  1. Lorrr... nape tak amik gambar van pink tu... nak tengok ruapnya sama ke macam time Mrs. A pegi suatu masa dahulu.

    Hahhaa... lama sangat dah! pergi Pangkor ni time tu bujang lagiks! kat sini best diving kot.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WOMAN TRANSLATOR !

Hai.. Tadi aku jadi anti sosial sekejap.. duduk sorang2 melayan perasaan.. stalk instagram sambil kutuk2.. scroll kisah hidup kawan2 kat fb.. pastu aku tengok la video 'kenalan' aku share kat fb.. caption dia 'now all guys need this woman translator!' Wahai wanita2 sekalian.. kita patut bangga tau.. ada jugak orang yg cipta teknologi utk faham perasaan kita ni.. betapa berharga nya kita.. ok, stop merepek! . Ni video nya: Korang boleh tengok gak kat fb.. Jaan and Arya's video. klik sini:  https://www.facebook.com/JaanAryaBand/videos/10153573408960682/ Perempuan, biasa la.. fikir lain, buat lain cakap lain.. tak yah la lelaki2 ni sibuk2 tanya "perempuan nie macam mana ea?" Sia2 jer.  Sebab kitaorang pon tak boleh nak faham diri sendiri.. Kalau ada benda nie kat malaysia. Mehh kita kaum wanita, paksa lelaki beli !!! Lelaki tak boleh beri alasan lagi.... " Susah betul nk faham perempuan"

GIGI DAH CANTIK

hai selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang. masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi  macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema. macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini ] aku jumpa kl...

KHAYALAN PAHIT HEMPEDU

Hai.. Dulu masa aku dalam categori budak2 tak matang lagi, aku ada satu perasaan dimana aku teringin sangat nak masuk wad. ada antara kawan2 aku yang pernah masuk wad sebab denggi la, asthma la.. semua dok sibuk cerita pengalaman memasing.. ada yang seronok sebab dapat usha doktor2 hensem, ada gak yang takut nak tidur malam bagai.. bila dorang cerita macam tu aku diam melopong jela.. tak ada pengalaman kan.. sejak tu lah aku macam nak masuk wad, nak masuk wad.. boleh cerita kat orang lain macam mana pengalaman kita duduk wad.. masa tu aku bayangkan kat wad mesti seronok. doktor hensem2 wehhh.. makanan hospital tu macam sedap jerr.. kalah makanan untuk orang sihat ni.. bila berangan macam tu mulahlah muka excited nak masuk wad.. sakit sikit pon pergi check klinik.. dalam hati ni harapkan dapat masuk wad.  sengal kan dok bayang macam tu.  apakebenda lah budak ni. Tapi sejak detik ini          haaa kau nak sangat kan mas...