hai..
hari ni kita mood sweet2 sikit. aku tak ada ciri2 specific pun lelaki yang aku suka..kalau dia boleh buat hati aku dup dap ececehhhh.. tak mahu expect apa2 dari sesiapa.. yang kita mahu belum tentu baik untuk kita.. ingat lagi masa aku riak kata dengan kawan2 aku.. "aku kan, aku tak akan bercinta dengan orang yang hisap rokok, aku tak suka lelaki yang pandai math" dan yang aku paling2 tak suka dengan lelaki kelantan..bahahhahahha.. not racist ke apa.. aku cuma entah..kurang berkenan.. last2 semua ciri2 yang aku tak suka tu, tu lah yang aku berkenan..hahahhaha.. *menyesal cakap riak dulu
bila dah boleh berfikir ni, tak perlu lah relationship goals yang merapu tu..nak lelaki kaya, kerja besar la apa lah..terlalu expect dekat lelaki.. macam mak aku cakap.." nanti jangan harap duit lelaki sangat, kena pandai cari duit sendiri.. kalau harap duit laki ni boleh mati la kita" hastag deep betul ayat mak aku. tak kaya pun tak apa asalkan rajin kerja, sayang kau, bertanggungjawab.. aduhhhh aku rasa expectation mcm ni lagi menyakitkan.
suka tengok mak ayah aku.. mak aku punya perangai lebih kurang aku jer, boleh tahan suka cari pasal..tapi bapak aku rilek cool2 je. bapak aku siap cakap "mak ko ni bukan marah pon nak perhatian je, nak kita layan dia" pastu mak aku senyum2 macam tak nak senyum..alaaa tahan2 senyum tu.. alahaiiii aku yang tengok drama diaorang ni yang jadi malu. antara mak dengan bapak aku, aku rasa bapak aku jenis yang manja la.. mengada.. sedap je kutuk bapak sendiri..pasni mintak ampun.. betul.. bapak aku manja ok.. mak aku pulak jenis tak suka sweet2 nak peluk ke cium2 ke.. aku mintak dia suap aku makan pun kadang2 tak dilayan..nasib la kalau mood baik.. mak aku jenis tak suka show off yang dia tu sweet. tapi bila ayah aku sakit ke, dia tak tidur malam.. bebel2 marah..hahahah..lagi satu.. bapak aku suka ulang2 cerita kat kami kisah dia bercinta dengan mak aku.. mak aku tak suka.. bila ayah aku cerita je mak aku mesti cakap " tak payah la awk nk cerita kisah dulu, geli sy" tak pun mak aku mesti cakap, "tak payah dengar na, ayah ko buat2 cerita".. tapi betul gak, hari tu cerita mak aku syok gila kat bapak aku, tetiba bila cerita lagi mak aku tak layan dia pulak..mana satu ni bapak? walaupun dah lebh 20 kali bapak aku cerita, ceritanya sentiasa berubah ubah.. aku syak betul cakap mak aku..bapak mereka reka cerita.
bapak aku ni sejenis yang suka cerita dekat mak aku.. macam orang kata no secret between us.. hahaha.. kadang aku tanya gak "mana mak tau?" mak jawab dengan muka bangga "ayah ko cerita, ayah ko kan mana boleh rahsia dengan mak.."hahaha.. tapi mak aku ni lain..die tak berapa suka cerita, mak aku ni memendam.. yang penting2 je dia cerita.. kalau tak dia simpan jela. mak aku ni jiwa kental la.. gila punya independent.
tapi jiwa2 kental, brutal mak aku ni, dia selalu termakan pujuk bapak aku.. ingat lagi nak beli sofa masa bulan puasa hari tu.. balik2 rumah je mak aku terus cakap,
"naaaaa, ayah ko suruh mak beli sofa.."
"pastu mak beli ke tak.. sofa tu kan ok dah.."
"mak dah terbeli naaa.." *muka kesian
sambil gelak tu aku cakap.. "mak ni selalu dengar pujuk rayu ayah.."
nampak kuasa memujuk lelaki..terer awwww. Allah dah beri pada kita yang sepadan dengan kita, ada pros and cons.. mak aku selalu pesan.. lelaki semua sama je menyakitkan hati.. tak payah la ko nak cari yang baik, kita bukan sempurna sangat.. untuk itu, aku tak ada ciri2 lelaki idaman pun.. doa jela dia mampu terima aku yang tak sempurna mana ni.. rajin bertanggungjawab dan sungguh2 nak kan aku.. sebab orang yang nak kita ni sayang dia kemain kat kita..semua lelaki boleh cakap i love u, tak semua betul2 nak cakap depan tok kadi aku terima nikahnya. lovee!

Omg. guess what. dulu I pun macam ni.
ReplyDeleteI was "tak suka lah lelaki kulit putih and beard"
anddddd yah my fiance now is berkulit putih pink-ish lagi and beard! HAHAHA
sama la macam i, lepas tu tak berani nk cakap dah hahaha
Delete