Skip to main content

TRAVEL TALK: BACKPACK TO PENANG 1

Hai..

excited nya nak cerita tapi tahap kemalasan tu ya Tuhan..ni pun taip guna kaki ok. malas sangat ni.
minggu lepas aku kena datang kampus untuk briefing intern and convo aku, alang2 tu member aku pun ajak la pergi backpack..silap orang la dia ajak..ajak aku..on je.. ingat lagi ayat die wasap aku,
"kita pergi penang nak tak? aku nak buat kerja gila dengan kau ni" aku pun dengan pantas membalas
"ehhhhhhh....boleh jee..." trip kali ni kitaorag tak rancang apa2 pun..tiket pun beli last minit..hotel mana nak stay, tempat2 nak pergi masa kat penang nanti pun kitaorang tak survey sangat.. kiranya main redah je. totally redah je uols.

habis je briefing kat kampus, aku ikut member aku si arra ni balik ipoh..stay ipoh semalam sebelum ke penang.. kitaorang naik bas dari ipoh dalam pukul 4.30 macam tu..tapi biasalah melayu, pukul 5 baru bas jalan.. sekejap je dari ipoh ke butterworth, around 7 p.m mcm tu sampai dah stesen bas penang sentral.. turun2 bas je blur dah..mana nak pergi ni.. dari stesen bas nak ke feri tu, makkkk aiiiii boleh tahan  jauh..semput gak la aku nak menapak tu. sampai kat feri terminal tu ramai orang dah menunnggu..waktu orang balik kerja kan.. oh yaa,, tambang feri ni murah jer.. Rm 1.20 je..untuk pergi dan balik ke georgetown tapi tapi tapi kena pakai duit syiling so sediakan duit syiling eh.. kat situ ada jugak kaunter nak tukar duit, tapi kalau yang malas beratur tu faham2 jela.. sooooo yeahhhhhhhh!!!! Georgetown, aku datang...



view Georgetown dari atas feri.. Ya Allah..cantik sangat tau..Kitaorang naik feri magribh da masa tu.. boleh la feeling2 naik cruise sambil tengok sunset

sampai je jeti kitaorang blur kali kedua..eh mana nak cari hotel ni..tak ada hala tuju langsung..hahahah.. pergi tempat orang ni jangan malu nak bertanya..malu bertanya sesat jalan la dik oiii.. lepas tanya local kat situ kitaorang decide nak tidur hotel bajet dekat2 dengan jeti jer..consider jugak nak ambil public transport kalau jauh2 ni..  hotel dia ok sangat..cantik dan harga dia berpatutan.. kalau tak silap aku nama hotel dia Victoria Inn.. dekat2 jeti je.. but3, jalan nak ke hotel ni agak kedalam sikit..kena hati2 la.. lagi satu..suasana dia macam mati sikit bila malam..nama je dekat2 jeti kan..so malam kitaorang memang tak merayau da.. duk jela dalam bilik.. maybe dekat Chowrasta tu meriah sikit..so bolah la siapa2 nk pergi nanti..boleh try cari hotel dekat Chowrasta.







selesa sangat.. cantik dan bersih.. siap ada tv lagi kome oiii.. superb!! mula2 diaorang offer kitaorang nak stay dorm je..gila apa.. kami la berdua je..perempuan pulak tu..kang tak pasal2 jer..ok syukur dah ni, selesa sangat.. lepas letak2 barang semua, haruslah mencari makan.. haaa bab makan, kami takut nak cuba kedai2 kat situ..sebab ramai cina je..kang main redah halal haram ni kang payah pulak.. nasib baik ada kedai makcik ni dekat stesen bas tu..betul lintas jalan depan hotel kami..


sedap ayam penyet ni.. sambal belacan dia terangkat..jenis aku pulak tak tahan pedas, rasa sikit je.. baru perasan.. tak ada tempe..ayam penyet tak ada tempe.. biar betul? *dasar keturunan jawa*







 perut da kenyang mata pun nak kena dodoikan ni..balik la ke hotel..mandi2 semua..sebelum tidur tu..hahahahah.. macam biasalah aku dengan farahin..mesti nak ada bed time story..memang dari dulu lagi, kat rumah sewa pun sama..suka cerita sampai la kitaorang mengantuk pastu alih2 dua senyap.. tidur dah.. the next day, mula lah misi jelajah pulau pinang.. keluar dari hotel terus ke stesen bas.. actually kami tak tahu nak kemana!!!!!!!! lama gak la termenung blur2  kat stesen bas tu..hahahha.. ehhh tak..kami rancang nak ke bukit bendera pagi tu..seronok la pergi pagi2 kan..sejuk jaa.. excited sangat2, last tutup pulak tempat tu.. haaa tu yang blur terus sebab tak ada plan B. last2 tukar plan untuk pergi street arts tu.. tanya la local jauh ke apa ke..boleh tahan jauh katanya.. kami naik basikal comel je untuk pusing2 kat georgetown tu.. RM10 je ok.. bapak hambar gila gaya penulisan aku..jom la tengok gambar.. AMARAN: GAYA MODEL DALAM GAMBAR DI BAWAH BOLEH MEMBUAT ANDA MUNTAH. SILA SEDIKAN BEG PLASTIK SECUKUPNYA

comel je basikal pnk tu..feeling2 la gegirl sikit..




dah kenapa nak share buaian sampai bertiga?? ok sebenarya tempat kosong tu aku reserve untuk jodoh.. hahahha..tak la..salah duduk je sebenarnya..godek2 gambar baru perasan..eh aku salah duduk la
aku da kata aku tak fotogenik.. pose paling win ni tau..
suka gambar ni..  ada abang bangla ni offer ambil kan gambar..siap suruh pose macam tu la macam ni la..hahahahah..suka3.. pose ni dia la yang ajar.. credit to abang bangla..ahakss
siapakah yang photoboom dalam gambar ni..hahahah.. terpaksa "star" kan
suasana pagi di Georgetown

berdiri macam tangah kawad.. tegak nya..sangat tak fotogenik..ni kalau masuk asia next top model, jangan mimpi la dapat masuk




pandai farahin ambil gambar..hehehehehhe..

























******bersambung******
















Comments

Popular posts from this blog

GIGI DAH CANTIK

hai selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang. masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi  macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema. macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini ] aku jumpa kl...

'BFF' KITA LELAKI?

Hei uols.. jom kita sembang2 mengediks. ada diantara kita kan yang suka berkawan dengan berlainan jantina.. mostly kawan2 dia banyak berlainan jantina la. lepak2 pun tetiba sesat dia sorang lelaki.. eh! ok, tak kesah la korang suka kawan dengan sesiapa pun tapi aku nak share sikit apa pros & cons bila kita jadikan lelaki sebagai 'bff'. PROS BILA: mostly lelaki ni bila kita cerita masalah kita dekat diaorang, dioarang automatik akan jadi problem solver. diaorang tak ada lah catch up the whole sad story korang tu, tapi main point, diaorang akan bagi jalan penyelesaian. instead of perempuan, perempuan ni lebih memenangkan kita yang tengah ada masalah ni. bila kita cerita2 problems kita biasanya perempuan akan pujuk, sabarlah ea, kesian kau. semuanya akan ok. so kalau nak jalan penyelesaian segera, cari bff lelaki korang.  cara permikiran yang berbeza. biasanya lelaki dia akan bagi kita jalan penyelesaian yang, weh! kenapa aku tak terfikir pun tadi ea. siapa yang...

REALISTIK ATAU TIDAK?

Salam..  Lama tak berblog aku ni kan. hmm entahlah point tu ada nak bercerita lagi malasnya nak menaip.  4 bulan lagi aku nak jadi isteri orang dah ni. omg tak sangka sangat padahal dulu sibuk taknak kahwin. POYO LEBIH.  Bila fikir pasal wedding ni mestilah kita ada impian yang baik.. nak build keluarga kita sendiri macam mana mak ayah kita, nak bahagia dengan suami dengan anak anak. before kahwin pun kita as perempuan ( ke aku je) pun ada impian juga. entahlah aku rasa aku je over nak ada impian sebelum aku kahwin ni.. hahahahha IMPIAN SEBELUM KAHWIN: 1) Solo travel Yang ni aku tak sempat nak tunaikan lagi, tapi adalah aku pi korea hari tu..kira dapat juga la travel sebelum kahwin. Sebenarnya aku tak rasa macam lepas kahwin aku tak boleh travel lagi. NO! NO! NO! Sebab bakal suami aku pun kaki travel juga, kiranya sama minat dan sekepala la. so aku tak ada lah rasa stress lepas kahwin aku tak bebas pergi travel ke apa. Risau tentang kewangan j...