Hai..
Ingat lagi masa mula2 nak praktikal dulu.. Dapat 2 tawaran serentak.. Dah sudah mana nak pilih ni.. Actually, aku nak pilih jabatan alam sekitar melaka. Masa aku pergi survey jabatan dia.. Bapak gempak.. Office dia tinggi, tingkat 19 kalau tak silap.. Dalam tu adalah jabatan2 kerajaan yang lain.. Aku fikir macam gempak nak glamour2 la gitu.. Tapi at the same time aku dapat Majlis perbandaran jasin. Kelakarnya masa aku survey MPJ ni, alamak, apa ni.. Takkan nak praktikal kat sini kan.. Tak gempak nya..
Aku siap google lg ok skop kerja jabatan aku tu.. Yg JAS ni ok la.. More kepada kilang2 semua kan.. MPJ ni yg lawak sikit..member2 umah aku asyik la menyakat je lepas tau skop kerja aku kat sana.. lama eh aku hold nak buat keputusan.. Sebulan jugak la.. Mak aku da bising.. Nak pilih yg mana 1 pn susah.. Sbb tu aku tak suka ada banyak2 pilihan.. Stress nak pilih. Last2 aku serahkan je keputusan kat mak.. Haaa mak, mak pilihkan lah.. Nana ikut je.. Sis redha kot masa tu..
 |
| Staff2 jabatan landskap & perkhidmatan bandar.. Ada lg yg tak ada nie.. pakcik makcik ni memang sempoi |
 |
Lighting dia kemain over.. Biarlah eh sbb aku malas nak edit.. Ni Pn Mas.. Aku panggil kak mas je.. Hahhaha.. Kak mas ni da lama keje.. Berbelas tahun gak la.. Dia ni rajin layan2 cerita merepek aku dan banyak bagi nasihat..
|
 |
| Makcik Sarojini... Soalan familiar dia, "yana da makan belum? " setiap hari dia tanya soalan tu. |
 |
| Korang pun tahu berat aku naik 5++kilo kan.. So abaikan lah muka sebesar pinggan tu. Sobs sobs |
 |
Makcik bibahhhh tayanggg.. Hahahhaha.. Ni makcik unit tandas.. Aku banyak follow unit tandas sbb diaorg sempoii.. Hahhaha.. Pastu diaorg kalau sarapan mesti singgah kedak roti jala rendang ayam kat bemban.. Omggg sedap sangat makanan org jasin ni.. Kenangan sangat menyental tandas awam dengan makcik bibah.. 2 hari berturut menyental ok.. Sampaikan dedua demam.. Tapi rasa bangga sebab menang pertandingan tu ok. Peringkat kebangsaan pulak tu.. #kembang2 hidung
Kalau aku tengok balik gambar2 macam tak sangka aku happy gila praktikal kat sini.. Supervisor aku kat JLPB ni sangat2 ok.. Tak kedekut ilmu.. Banyak benda aku belajar.. apa yg kita belajar kat u tak sama ea time kita kerja.. 5% je kot kita guna apa yg kita belajar waktu kerja.. tapi takpe.. Yang penting kita ada usaha nak belajar sesuatu benda tu. Ni baru 1 jabatan.. Nanti aku cerita lagi part lain, aku dduk kat jabatan lagi satu.. Jabatan tu lagi banyak benda aku nak share.. Tapi nantilah sebab malas la nak taip.. Sambil taip ni pon mata aku da kuyu.. yang aku perasan.. Dari zaman nak pilih u.. Semua nya mak aku yg plihkan.. Nak masuk unikl, mak aku jugak yg plihkan.. Nak pergi tempat praktikal, mak aku jugak plihkan.. Alang2 semua mak yg plih......
"mak pilihkan lah sekali bakal suami untuk nana"
Ok dah melalut..
Lovee!!
|
A mom choice is and always gonna be the best things that happened in ur life..
ReplyDelete