Skip to main content

TRAVEL TALK: TIPS TRAVEL

Hai.

Musim cuti sekolah dah nak bermula, mesti ramai yang rancang nak pergi bercuti kan. mana2 geng kawan2 universiti tu mula lah plan nak pergi travel, nak backpaking.. haaa, ni aku nak share dengan korang beberapa tips yang aku praktik kan bila aku pergi travel.. nak kata tips aku ni berguna sangat tu tak adalah, tapi dah kata sharing is caring kan.


1. DOKUMEN PENTING / BARANG2 PENTING

Dokumen2 penting macam boarding pass, tiket booking hotel atau passport korang boleh asingkan dalam 1 beg kecil (beg khas) dan masukkan dalam handbag. so, bila korang nak guna atau masa nak check in hotel ke apa, senang..tak payah sibuk2 nak selongkar kocek handbag tu.. terus capai je beg kecil tu dan selesai.. faham2 jela handbang orang perempuan ni macam mana.. dah masuk barang dalam tu memang susah la nak cari.
 

Nampak tak tersusun je kan  senang nak buat urusan waktu travel nanti


nak guna macam yang ni pun boleh.. masukkan je boarding pass, passport semua then letak dalam handbag. lebih praktikal dan memudahkan gitu


2.  PILIHAN  HOTEL

Biasanya kalau aku pergi travel, aku main redah je..hehehe..tapi kalau pergi dengan family gila nak main redah jer.. ada yang tidur dekat surau je nanti. untuk pilih hotel aku suggest kan pilih yang banyak kemudahan kat sekitar hotel tu macam kedai makan ke, stesen bas/teksi.. atleast korang boleh jalan kaki je kan.. contohnya macam aku pergi penang hari tu.. hotel tu betul2 dekat dengan jeti dan terminal bas tu..cuma pilihan kedai makan je yang tak banyak.. bab ni korang kena banyak cari review dari blog2 orang yang dah pernah pergi tempat tu.

3. BACA REVIEW DARI BLOG/VLOG DI YOUTUBE 

Tips ni aku memang praktikkan.. sebab bila kita dah baca review2 dari blogger2 yang dah pernah pergi ni, kita automatic macam dapat bayangkan situasi kat tempat tu.. so senang kita nak gambarkan dan susun plan kita masa vacay nanti.

4. ASINGKAN  

Tips ni aku sentiasa amalkan walaupun aku tak pergi travel... contoh la kan nak pergi jalan2 shopping mall ke, aku memang akan asingkan duit, kad bank aku and ic dalam poket.. in case la nasib tak baik.. kena picked pocket.. sekurangnya kita ada backup duit lain.. tak lah terus kering kontang. kalau pergi travel tu selit2 la sikit kat beg travel ke mana2 jela tempat yang korang rasa sesuai tu and make sure ingatlah korang selit kat mana.. kalau lupa susah jugak tu.

5. RANCANG AKTIVITI DAN BAJET MASA SEBAIKNYA

Part ni penting jugak ni, jangan jadi macam aku.. masa backpack ke pangkor dulu, tiket bas bertolak ke pangkor pukul 8.20 pagi.. boleh pulak bangun lambat, pakej KTM sampai ngam2 pukul 8.20.. jawabnya memang terlepas bas la.. hangus macam tu je tiket..nasib baik ada tiket lain.. tu pun petang ok.. pukul 3.30 bayangkanlah kitaorang tunggu kat TBS tu dari pagi sampai petang.. benda macam ni kita tak jangka..so memang kena ada backup plan. senang cerita siapkan itinerary sebelum travel.. tapi jenis manusia macam aku memang main redah je. dalam negara boleh la main redah je kalau korang travel ke luar negara jangan buat pasal, silap2 duduk kat sana terus.

6. SENTIASA ALERT

jangan korang seronok sangat ambil gambar sana sini sampai lupa dah mana hand bag korang letak tadi.. pastikan korang alert ea.. kalau boleh kerapkan check handbag korang.. wallet ada tak, semua barang yang korang bawak tu ada tak.. in case kalau apa2 terjadi kita boleh cepat2 bertindak..


ni jer yang mampu aku kongsikan dengan korang, maklumlah pengalaman tak banyak mana.. aku harap tips ni berguna.. omaigadddddd, aku tak sabar nak tunggu bulan 12 ni. excited dia kemain.. first time nak backpaking ramai2 ni.. hehehhe.. tinggi2 gunung kinabalu...tinggi lagi sayang sama kamu.. biru2 hujung kinabalu...tengok dari jauh hati saya rindu... haaaa cer teka aku nak pergi travel mana pulak kali ni.. =) selamat melancong semua.. lovee!!































Comments

Popular posts from this blog

GIGI DAH CANTIK

hai selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang. masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi  macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema. macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini ] aku jumpa kl...

'BFF' KITA LELAKI?

Hei uols.. jom kita sembang2 mengediks. ada diantara kita kan yang suka berkawan dengan berlainan jantina.. mostly kawan2 dia banyak berlainan jantina la. lepak2 pun tetiba sesat dia sorang lelaki.. eh! ok, tak kesah la korang suka kawan dengan sesiapa pun tapi aku nak share sikit apa pros & cons bila kita jadikan lelaki sebagai 'bff'. PROS BILA: mostly lelaki ni bila kita cerita masalah kita dekat diaorang, dioarang automatik akan jadi problem solver. diaorang tak ada lah catch up the whole sad story korang tu, tapi main point, diaorang akan bagi jalan penyelesaian. instead of perempuan, perempuan ni lebih memenangkan kita yang tengah ada masalah ni. bila kita cerita2 problems kita biasanya perempuan akan pujuk, sabarlah ea, kesian kau. semuanya akan ok. so kalau nak jalan penyelesaian segera, cari bff lelaki korang.  cara permikiran yang berbeza. biasanya lelaki dia akan bagi kita jalan penyelesaian yang, weh! kenapa aku tak terfikir pun tadi ea. siapa yang...

REALISTIK ATAU TIDAK?

Salam..  Lama tak berblog aku ni kan. hmm entahlah point tu ada nak bercerita lagi malasnya nak menaip.  4 bulan lagi aku nak jadi isteri orang dah ni. omg tak sangka sangat padahal dulu sibuk taknak kahwin. POYO LEBIH.  Bila fikir pasal wedding ni mestilah kita ada impian yang baik.. nak build keluarga kita sendiri macam mana mak ayah kita, nak bahagia dengan suami dengan anak anak. before kahwin pun kita as perempuan ( ke aku je) pun ada impian juga. entahlah aku rasa aku je over nak ada impian sebelum aku kahwin ni.. hahahahha IMPIAN SEBELUM KAHWIN: 1) Solo travel Yang ni aku tak sempat nak tunaikan lagi, tapi adalah aku pi korea hari tu..kira dapat juga la travel sebelum kahwin. Sebenarnya aku tak rasa macam lepas kahwin aku tak boleh travel lagi. NO! NO! NO! Sebab bakal suami aku pun kaki travel juga, kiranya sama minat dan sekepala la. so aku tak ada lah rasa stress lepas kahwin aku tak bebas pergi travel ke apa. Risau tentang kewangan j...