Skip to main content

SELF REWARD

hai..

disaat ini di ketika ini aku happy gila punya gila punya gila kuasa infinity.. esok last day praktikal.. so balik dari office tadi macam nak bagi sesuatu kat diri sendiri.. yelah kita. kita da berjaya survive kena la appreciate sikit usaha diri sendiri selama ni..

zaman belajar pun sama.. lepas je habis stress exam ke ataupun buat thesis, kitaorang biasanya keluar bagi self reward kat diri sendiri.. pergi la mana2 jalan2..tengok wayang ke tapi biasanya pergi makan la.. pastu sembang2 gelak then balik sambung stress buat thesis semula..hahahahaha..

masa otw balik aku fikir, apa nak hadiahkan untuk diri sendiri yer.. tetiba teringat.. masa birthday hari tu nak fresh flower tapi tak dapat.. haaaaa, yeahhhh jom kita beli bunga segarr.. yehhhhh happy2 :)

singgah la shopping mall, sebelah tu kedai bunga je.. sebelum beli bunga tu aku jalan2 la dulu dalam tu.. window shopping sikit.. pastu ada nampak tempat boleh amik gambar.. biasalah kalau musim perayaan ke apa.. dalam mall kan ada pasang2 benda tah.. susah aku nak explain lah..



nak selpie tapi tangan parkinson, dah jadi gini






 mula2 tu aku nak selpie je.. tapi tengok la..hahahha menggigil macam apa.. lepas tu ada la perempuan cina ni nak ambil gambar anak2 dia.. belum sempat dia nak keluarka henfon aku dengan muka tak malu dah suruh amik kan gambar aku..

"madam, boleh tolong ambilkan gambar saya?" buat muka kesian sikit


yehhhhhh.. puas hati aku tengok gambar ni.. walaupun muka aku tak nampak sangat.. tapi ok lah dari aku selpie sendiri.. nilah yang aku cakap tu diaorang pasang2 sempena Christmas.. ramai amik tengah tunggu turn nak ambil gambar sebenarnya ni..
  
lepas ambil gambar, aku pun pergi la kedai bunga.. ehhh dah nak tutup.. aku cepat2 tahan tauke kedai tu..

"tauke2 kejap, saya nak beli bunga"

"suda mau tutup la amoi.."

"ala sekejap je tauke"

hahahah.. sesi pujuk memujuk berjaya ok.. dia bukak la jugak.. kemain eksited aku.. serius kedai tauke ni ada macam2 bunga.. cantik dan masih segar lagi.. dalam banyak2 bunga tu aku pilih bunga kekwa warna soft pink.. berkali kali tauke tanya..tak mahu bunga ros ke.. aku x minat sangat bunga ros, prefer bunga kekwa..

lepastu tauke tu tanya aku, mau beli untuk siapa.. aku jawab la beli untuk diri sendiri.. terkebil kebil dia tengok aku..hahahaha.. siap cakap.. "awak punya boyfriend banyak senang, bagi bunga kekwa je sudah happy" tauke tu suruh aku tanam sendiri je bunga tu, masalahnya aku bukan rajin sangat pun nak bercucuk tanam ni.



cantiknyaaaaa.. aku melting tengok bunga ni.. :) cantik tak?? aku pilh sendiri ea.. soft je kan warna nya..rasa macam freshhh sangat.. pleaseee laa,,, aku happy sangat ni.. :)))))))))))))





melting hati aiii :) masa ni kat Sushi King.. tempat feveret aku jugak ni.. walaupun rasa malu bawak bunga ni, tapi kisah pulak kan.. janji aku happy :) 








balik rumah tu aku eksaited ler nak tunjuk kat mak bapak aku.. sampai rumah terus cari bapak.. nampak bapak aku tengah duduk kat sofa ruang tamu... tapi tak tegur aku pun.. selalu nya kalau aku balik lambat dia akan tanya.. tapi ok la kan, dia tak tanya..hahhaha.. aku punya eksited nak tunjuk bunga cantik tu..

"ayahhhhh, cantik tak?? cantik tak??" sambil pusing2 fefeling macam princess depan ayah aku..

"ayahhhh, tak cantik ke?" aku sedih sebab tak ada respon..

yela, orang tengah eksited kot.. sekali tak ada respon.. hampa lah kan.. sekali bapak aku tidur daaaaaa.. cis, tidur sambil duduk rupanya.. penat je aku pusing2 macam princess depan dia.. ok takpe, cari mak pulak. mak aku tengah cuci pinggan kat dapur masa tu.. aku pun eksited la tunjuk.. mak...... cantik tak?

"cantik.. siapa bagi?"

"nana beli untuk diri sendiri".. sambil cium2 bunga.

"GILA" 

mak aku bagi respond tu je.. GILA?? lepas tu dia sambung basuh pinggan balik.. 


takpe2, asalkan aku happy hari ni.. nahhhh selpie dari aku..jangan korang muntah sudah..












tengah curi2 pandang awak, ahaksss






acah2 nak bau bunga la ni konon.. banyak berangan la ini budak





tauke tu siap bagi batang bunga ni kat aku.. suruh aku tanam.. mohon ada kerajinan nak menanam benda ni nanti

sayang nak bukak sampul dia tu..so rendam sekali dengan sampul2 dia.. hahahha.. aku curi jug air mak.. habislah mengamuk dia tak jumpa cari jug air nak buat kopi..








ok korang.. jangan lupa nak hargai diri sendiri.. kita nak penat2 kena la hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri.. tak payah benda yang mahal2 pon.. bunga ni siap bungkus baru rm25 ringgit je.. tak sampai rm50 pun.. tapi hasilnya aku gembira sampai seminggu kot..hahahahha :)



lovee!!!




Comments

  1. comel betul beli bunga untuk diri sendiri..takpe yang penting kita happy yer tak?
    Enjoy your life to the fullest dear...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WOMAN TRANSLATOR !

Hai.. Tadi aku jadi anti sosial sekejap.. duduk sorang2 melayan perasaan.. stalk instagram sambil kutuk2.. scroll kisah hidup kawan2 kat fb.. pastu aku tengok la video 'kenalan' aku share kat fb.. caption dia 'now all guys need this woman translator!' Wahai wanita2 sekalian.. kita patut bangga tau.. ada jugak orang yg cipta teknologi utk faham perasaan kita ni.. betapa berharga nya kita.. ok, stop merepek! . Ni video nya: Korang boleh tengok gak kat fb.. Jaan and Arya's video. klik sini:  https://www.facebook.com/JaanAryaBand/videos/10153573408960682/ Perempuan, biasa la.. fikir lain, buat lain cakap lain.. tak yah la lelaki2 ni sibuk2 tanya "perempuan nie macam mana ea?" Sia2 jer.  Sebab kitaorang pon tak boleh nak faham diri sendiri.. Kalau ada benda nie kat malaysia. Mehh kita kaum wanita, paksa lelaki beli !!! Lelaki tak boleh beri alasan lagi.... " Susah betul nk faham perempuan"

GIGI DAH CANTIK

hai selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang. masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi  macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema. macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini ] aku jumpa kl...

KHAYALAN PAHIT HEMPEDU

Hai.. Dulu masa aku dalam categori budak2 tak matang lagi, aku ada satu perasaan dimana aku teringin sangat nak masuk wad. ada antara kawan2 aku yang pernah masuk wad sebab denggi la, asthma la.. semua dok sibuk cerita pengalaman memasing.. ada yang seronok sebab dapat usha doktor2 hensem, ada gak yang takut nak tidur malam bagai.. bila dorang cerita macam tu aku diam melopong jela.. tak ada pengalaman kan.. sejak tu lah aku macam nak masuk wad, nak masuk wad.. boleh cerita kat orang lain macam mana pengalaman kita duduk wad.. masa tu aku bayangkan kat wad mesti seronok. doktor hensem2 wehhh.. makanan hospital tu macam sedap jerr.. kalah makanan untuk orang sihat ni.. bila berangan macam tu mulahlah muka excited nak masuk wad.. sakit sikit pon pergi check klinik.. dalam hati ni harapkan dapat masuk wad.  sengal kan dok bayang macam tu.  apakebenda lah budak ni. Tapi sejak detik ini          haaa kau nak sangat kan mas...