Hai semua,
tinggal lagi beberapa hari je dah nak masuk tahun 2017, macam mana dengan azam korang? dah tercapai ke belum? Alhamdulillah azam aku untuk tahun 2016 dah tercapai.. untuk tahun 2016 aku cuma nak habiskan buat thesis, praktikal and habiskan diploma aku.. tu la aku rasa azam paling mencabar gila.. penuh tragis dan tangisan.
so meh la aku throwback sikit.... apa yang jadi dalam life aku 2016 ni.. start dari bulan 2 sampai la awal bulan 6 kalau tak silap aku, aku tengah struggle buat thesis fyp.. fuhhhhhh, trauma aku nak cerita ni weh.. 4 bulan ni aku rasa macam stress gila dengan tak cukup tidur, paperwork berkali kena reject, assignment lagi test final.. dalam masa 4 bulan kena siapkan 1 thesis, buat sensorang pulak tu..level diploma tapi supervisor aku expect kerja aku macam budak degree..OMG!! apa yang buat benda ni nampak macam susah sebab aku tak ada pengalaman lagi nak buat macam mana, walaupun selalu rujuk dekat supervisor tapi entah la nak, aku ni species lembab kot.
aku dengan kawan2 aku bukan jenis yang study gila2, kitaorang ni faham2 jela.. dari sem 1 sampai sem 4 tu boleh kira berapa kali muka aku masuk library.. tapi sejak buat fyp sem 5 ni, aku rasa nak bawak tilam bantal tuala baju semua pindah ke library.. kalau buat kerja kat rumah ni asyik nak mengelat je.. baru nak bukak laptop member masak meggi lak, dah join sekali makan.. dah makan tu menyembang pulak lama gila.. last2 dah kenyang mengantuk pulak..sudah nya aku dengan laptop sekali dalam mode 'sleep'.
lagi2 nak hujung sem, minggu terakhir tu lagi mencabar keimanan,, semput nak habiskan sisa2 terakhir final week tu. dah tak kisah nak baju gosok ke tak, tudung seminggu pakai yang sama je.. eyebag sekilo, muka sembab , ahhh lantak! otak asyik fikir thesis, assignment test semua.. setiap masa aku fikir thesis kot, sebab berkali kali kena reject kan so asyik la kena fikir method baru nak buat.. kadang2 aku lupa dah gosok gigi tak time mandi, lupa pakai yang 'kecik' tu.. hahahahhahaha
tapi ALHAMDULILLAH aku dengan member2 semua berjaya weh!! result fyp aku pun alhamdulillah jugak aku puas hati, kena la dengan paperwork yang selalu kena reject tu kan. aku dengan farahin kalau stress kitaorang selalu pergi makan coklat kat ioi mall. lepas habis buat 1 paperwork je kitaorang melencong pergi makan.. macam self reward la kot.. kenangan betul masa ni, tapi sakit buat thesis tu masih terasa weh.. benda tu la buat aku fikir betul2 nak sambung degree ni.
dulu kemain member2 aku tak nak sambung belajar lagi sekarang diaorang beria ajak aku sambung ada yang nak sampai master tu.. burrrr
lepastu aku pergi praktikal pulak, aku belajar cara kerja yang sebenar.. macam yang aku cerita sebelum2 ni, aku konfius nak pilih tempat praktikal kan tapi yeahhhh, kenangan praktikal aku sangat2 la best.. aku suka kerja aku, kalau sebelum ni aku tak tahu kerja sebagai penolong pegawai kesihatan persekitaran tu macam mana even masa aku belajar dulu pun aku selalu fikir... benda siot kos aku belajar ni! tapi bila aku dah start kerja, ok aku suka kerja aku.. banyak kerja dekat site, jumpa ramai orang kena berurusan dengan komuniti, bagi aku mencabar la. tu belum lagi macam member aku praktikal dekat construction site, semua melibatkan nyawa orang project juta2 tu tak boleh silap sikit.. so tabik la membe aku ni berani cabar diri dia, aku pun belum berani weh nak jadi environmental officer kat tapak binaan.
tahun 2016 jugak la tahun tersilap sayang orang, kahkahkahkah! tu la cepat sangat sayang kat orang cepat sangat jatuh cinta padan la muka aku, rasakan panahan kekecewaan itu! species aku ni aku susah nak give up dengan orang yang aku sayang, aku tak boleh nak jadi heartless entah lah aku rasa macam bodohnya bagi rasa tu pada orang yang datang semata nak singgah.. apa dia ingat hati aku hotel bajet? sesuka hati nak check-in nak check-out?
uishhh aku tak suka nak tunjuk part kecewa dalam life aku ni, tapi kadang2 proses nak sembuhkan hati tu kita kena luahkan apa yang kita rasa, kita manusia biasa weh.. rasa sedih kecewa tu normal kot. aku banyak sorokkan apa yang aku rasa, sebab tu aku susah nak sembuh.. ala relax la, thesis aku berapa kali kena reject kot, lagi sakit rasanya..setakat dia reject aku?? macam quote zaman moden ni cakap, "mungkin yang pergi tu bodoh, tapi yang datang tu mungkin jodoh".
ok lupakan pasal tadi, tahun 2016 ni je aku dah pergi vacay 3 tempat kot.. awal bulan 6 sebelum puasa tu aku pergi Pulau Pangkor, lepastu awal bulan 8 aku pergi Penang dan latest ni aku pergi Sabah dengan member2 aku. Bila recap balik memang membazir boros aku ni.. orang lain pergi vacay setahun sekali ni kemain si markonah and the geng, setahun 3 kali vacations. ada orang sound aku, membazir je asyik pergi travel.. so aku setuju la, tahun ni je 3 kali aku g travel, lepas ni maybe 1 kali setahun je aku pergi travel. travel tetap kena pergi mana leh tak pergi.. dah berjanji lagi next trip nak ke Thailand pulak.
travel ni memang orang lain pandang macam membazir, buang duit tapi korang cuba la pergi travel sekali je..lepas tu mesti hati rasa nak lagi nak lagi.. tak percaya pergilah tanya orang yang kaki travel tegar tu, diaorang pon akan kata benda yang sama.. pengalaman yang best gila la.. tak tahu nak cakap dengan kata2.. macam aku pergi sabah haritu.. aku spechless tengok pemandangan dia.. cantik weh especially area Ranau.. gunung semata.. rasa tak nak balik semenanjung sebab bukan je hati dah terpikat dekat pemandangan sabah tapi terpikat dekat orang sabah jugak ni..hahahah.. aip2, jangan mudah suka orang! kalau aku rajin aku update la eh vacay aku ke sabah tu, aku cerita sekali itinerary nya ok.
haa tula kisah tahun 2016, tak ada la tragis macam aku cakap pon.. hidup mana yang tak ada ujian dan dugaan kan.. mak aku banyak support aku la, dia memang bagi aku strong women.. hopefully tahun 2017 ni tahun aku dapat bahagiakan diri aku, tak ada lagi orang yang datang dalam hati semata nak singgah menyembang minum kopi pastu blah..harap jugak tahun 2017 ni tahun aku berjaya. sama jugak dengan korang semua.. harapnya tahun 2017 tahun yang bawa kebahagian untuk korang.. Selamat Tahun Baru, saja wish awal.
lovee!

Comments
Post a Comment