Skip to main content

NOSTALGIA SANGAT

Hai

Ahkak kembali.. Ngeeee.. Lama tak update blog, maaflah sebab sibuk sikit.. Ada ke yang tunggu entri dari ahkak? rasanya macam takde. 5 bulan dah aku habis diploma dah mereput dah duduk kat rumah. buat masa ni aku kerja part time.. kumpul duit nak pergi travel konunnnn.. semput2 nak kumpul duitnya. entah jadi ke tidak nak pergi.. tapi serius weh aku gian gila nak travel.. dok la ulang2 tengok gambar2 lama masa pergi sabah hari tu.. sampaikan aku wasap farahin ajak pergi day trip mana2. ahkak tak tahannn

ok la hari ni kita nak throwback la kisah2 kenangan2 dulu time budak2.. aku membesar dengan sepupu2 lelaki ok.. faham2 jela kalau berkawan dengan lelaki mcm mana lasaknya.. sumpah aku degil dulu.. aku bukan sejenis budak perempuan yang duduk dalam bilik, main anak patung memang tak la eh. balik je sekolah agama, berdesup hilang. main ni haaa, main bola tak pun main rounders.. femes weh permainan rounders tu.. leka sampai magribh pastu balik mak dah kunci pintu eh.. menangis ler kat depan pintu rumah

aku masih ingat lagi masa aku darjah 4, time bulan puasa ada 1 kebun pakcik ni tau pokok rambutan dia berbuah.. merah2 giler weh..  geram jer.. lepastu yang jahat nya.. aku dengan sepupu aku 3 orang lelaki aku jer perempuan pergi curi rambutan kat kebun pakcik tu. kemain masa tu kuruih, larat lagi panjat pokok.. sekarang ni kalau suruh panjat mahu patah dahan pokok tu. lepas dah curi tu, kitaorang cari port nak makan ler.. ponteng puasa. kitaorang makan senyap2 dalam gerabak motor orang bawak sawit. pastu balik rumah atok, acah2 puasa eh..orang berbuka kami pun makan.. padahal da kenyang makan rambutan dengan air paip.


pastu ada 1 kisah aku kena kejar lembu.. sampai sekarang diaorang asyik gelak kan aku. kalau kitaorang berkumpul mesti sepupu aku bukak kisah ni balik eh.. kena bahan jela. kat kampung aku ni, ada 1 ladang orang buat bela lembu dengan kambing tau.. kalau raya korban tu memang sembelih lembu kat sana la kan.. nak dijadikan cerita, aku dengan sepupu aku naik basikal nak pergi kandang lembu tu, tah macam mana tak perasan ada sekor lembu ni tali di terbuka dah.. ada lagi kena kejar la.. sepupu aku sempat la naik lori tauke kandang tu, aku nak naik x lepas2.. sampai aku nangis eh.. tolong!!! tolong!! sepupu aku gelakkan jer.. bukan setakat sepupu aku, dengan tauke pekerja2 kandang tu gelakkan je.. sengal bukan nak tolong kan. sampai sudah aku trauma nak pergi kandang tu. mungkin sebab tu jugak aku tak makan lembu.. tak ada kena mengena.

dulu aku ni ratu mandi parit.. dulu parit air jernih seronok berkubang. main terjun dari titi.. fuhhh nostalgia gila. biasanya kitaorang akan berkubang dekat kampung seberang, sbb kalau berkubang kat kampung sendiri nanti atok marah.. so kami curi2 la jalan kaki lalu hutan yang ada babi pulak tu.. tah macam mana boleh berani sangat. dah puas berkubang lapar, kalau balik basah2 nanti kena marah..so lepak2 dulu dalam hutan tak pun biasanya lepas berkubang kitaorang pasang jaring nak tangkap burung.. pastu baru balik rumah atok. haa petang tu sambung main rounders pulak.

kalau hujan lagi seronokkk.. berlumba2 nak mandi hujan.. bila air parit penuh kami buat rakit guna batang pisang.. memang aku budak parit kecemana? zaman aku kecik aku nakal la.. aku pernah curi pasu dekat rumah orang, aku pernah kotorkan lantai anjung rumah orang dengan minyak tanah..lepastu siap main melunjur tu tak rasa bersalah langsung.. tuan rumah balik berterabur kami lari.

rindu zaman kanak2.. no stress fikir nak seronok je dengan kawan2. budak2 sekarang mungkin dah tak rasa kot macam kita dulu.. zaman sekarang zaman main game jer dalam handphone.nampak benar perbezaan tu. ok dah mata iols nak mengantuk.bila umur meningkat ni cepat jer mengantuk nak tidur.


lovee!

Comments

  1. Terima kasih berkongsi cerita. (Saya dapat tahu blog awak ni dari kelab blogger malaysia di Google Plus).

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WOMAN TRANSLATOR !

Hai.. Tadi aku jadi anti sosial sekejap.. duduk sorang2 melayan perasaan.. stalk instagram sambil kutuk2.. scroll kisah hidup kawan2 kat fb.. pastu aku tengok la video 'kenalan' aku share kat fb.. caption dia 'now all guys need this woman translator!' Wahai wanita2 sekalian.. kita patut bangga tau.. ada jugak orang yg cipta teknologi utk faham perasaan kita ni.. betapa berharga nya kita.. ok, stop merepek! . Ni video nya: Korang boleh tengok gak kat fb.. Jaan and Arya's video. klik sini:  https://www.facebook.com/JaanAryaBand/videos/10153573408960682/ Perempuan, biasa la.. fikir lain, buat lain cakap lain.. tak yah la lelaki2 ni sibuk2 tanya "perempuan nie macam mana ea?" Sia2 jer.  Sebab kitaorang pon tak boleh nak faham diri sendiri.. Kalau ada benda nie kat malaysia. Mehh kita kaum wanita, paksa lelaki beli !!! Lelaki tak boleh beri alasan lagi.... " Susah betul nk faham perempuan"

GIGI DAH CANTIK

hai selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang. masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi  macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema. macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini ] aku jumpa kl...

KHAYALAN PAHIT HEMPEDU

Hai.. Dulu masa aku dalam categori budak2 tak matang lagi, aku ada satu perasaan dimana aku teringin sangat nak masuk wad. ada antara kawan2 aku yang pernah masuk wad sebab denggi la, asthma la.. semua dok sibuk cerita pengalaman memasing.. ada yang seronok sebab dapat usha doktor2 hensem, ada gak yang takut nak tidur malam bagai.. bila dorang cerita macam tu aku diam melopong jela.. tak ada pengalaman kan.. sejak tu lah aku macam nak masuk wad, nak masuk wad.. boleh cerita kat orang lain macam mana pengalaman kita duduk wad.. masa tu aku bayangkan kat wad mesti seronok. doktor hensem2 wehhh.. makanan hospital tu macam sedap jerr.. kalah makanan untuk orang sihat ni.. bila berangan macam tu mulahlah muka excited nak masuk wad.. sakit sikit pon pergi check klinik.. dalam hati ni harapkan dapat masuk wad.  sengal kan dok bayang macam tu.  apakebenda lah budak ni. Tapi sejak detik ini          haaa kau nak sangat kan mas...