Skip to main content

GIGI DAH CANTIK

hai

selamat berpuasa semua. baru 4 hari puasa tapi aku dah sibuk usha2 baju raya. heee

minggu lepas aku pergi buat veneer gigi.. tahu tak veneer tu apa? meh aku terangkan. veneer ni adalah satu proses pemasangan lapisan nipis porselin/ composite pada permukaan depan gigi bertujuan untuk buatkan gigi kita lebih cantik. veneer ni biasanya dipakai oleh orang yang ada masalah gigi macam gigi berubah warna, gigi tak sekata atau gigi jarang.



masalah2 gigi yang boleh ditutup dengan veneer




lapisan veneer yang ditampal pada permukaan depan gigi





 macam masalah gigi aku.. gigi aku jarang kat bahagian depan ataupun bahasa sains kata midline diastema.


macam ni la gigi aku.. depan tu jarang sebab ada lebihan gusi. sangat malu untuk senyum nampak gigi.. kau nak bercakap dengan orang pun malu tau






jadinya aku nak cadangkan kepada sesiapa yang ada masalah macam aku, boleh dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Nur'Ain di Ayer Keroh Melaka.[ klik sini]

aku jumpa klinik ni pun dekat ig.. so far selepas pakai veneer ni aku jadi lebih yakin untuk senyum bercakap depan orang. dah tak malu2 dah.. rasa happy gila woi. asyik sengih jer. tapi faham2 jela..nak cantik ni banyak risiko.. lepas korang pakai veneer ni sama jugak macam pakai bracess. tak boleh makan yang keras2. tak boleh minum kopi ke nescafe ke sebab nanti veneer tu cepat berubah warna.. kena rajin floss celah2 tu la..  hari first aku buat veneer tu aku macam sedih gila sebab nak makan pun takut2 benda tu tertanggal ke patah ke kan. tapi lama2 dah ok jer..


mula2 aku pergi klinik dekat muar je, tapi doktor tu suruh pakai bracess.. aku ni fikir makan je. kalau pakai braces lagi la seksa.. aku tengok kawan aku nak makan pun susah. so aku kata la xnak.. pastu aku google2 la rawatan apa yang boleh untuk tutup ruang kat gigi aku tu. then yeahhhh aku terbaca satu blog ni pasal veneer. itulah kisahnya. sekarang dah boleh senyum nampak gigi.. yeahhh!!!!




mak komplen cermin mata besar sangat


ngeeeeehhhhhhh

Comments

  1. Cantik ngn kuat skali... kne pastikan ckup kalsium

    ReplyDelete
  2. hi.. berapa RM ye buat veneer untuk sebatang gigi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm 100 sy buat masa tu.. alhamdulillah masih ok sampai sekarang

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AWAK2 SEMUA

hai.. Tajuk tak best kan? sebab tengah lapar dan asyik fikirkan makanan jadinya aku malas fikir nak letak tajuk apa.. mula2 aku buat blog ni cadangnya aku nak share something yang bermanfaat pada orang tapi makin lama aku rasa makin melalut da cerita2 aku.. macam diari pulak.. tinggal 4hari lagi habis praktikal.. semalam baru lepas done lecturer visit and alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. walaupun aku rasa aku cakap english tu macam entah apa2..macam bangla cakap.. tapi ok la kot, sir bagi respon.. atau sir pura2 je faham tu..hahaha kalau ada presentation aku tak suka sangat membaca text, aku lebih suka secara spontan..apa yang aku rasa nak cakap aku cakap jela...sama jugak macam menulis blog..semuanya spontan..aku tak dak draf apa2 pun..tu yang semua entri merepek je. tapi tapi tapi ada 1 masalah, kalau tengah present tak ada text apa2 lepastu aku jadi macam overexcited nak terangkan..yela kan,spontan kan..idea tengah mencurah-curah tu..kena cakap cepat2 karang lu...

WOMAN TRANSLATOR !

Hai.. Tadi aku jadi anti sosial sekejap.. duduk sorang2 melayan perasaan.. stalk instagram sambil kutuk2.. scroll kisah hidup kawan2 kat fb.. pastu aku tengok la video 'kenalan' aku share kat fb.. caption dia 'now all guys need this woman translator!' Wahai wanita2 sekalian.. kita patut bangga tau.. ada jugak orang yg cipta teknologi utk faham perasaan kita ni.. betapa berharga nya kita.. ok, stop merepek! . Ni video nya: Korang boleh tengok gak kat fb.. Jaan and Arya's video. klik sini:  https://www.facebook.com/JaanAryaBand/videos/10153573408960682/ Perempuan, biasa la.. fikir lain, buat lain cakap lain.. tak yah la lelaki2 ni sibuk2 tanya "perempuan nie macam mana ea?" Sia2 jer.  Sebab kitaorang pon tak boleh nak faham diri sendiri.. Kalau ada benda nie kat malaysia. Mehh kita kaum wanita, paksa lelaki beli !!! Lelaki tak boleh beri alasan lagi.... " Susah betul nk faham perempuan"